1. Anda yang mengajar serta berkongsi ilmu yang bermanfaat dengan individu lain. Kemudian mereka yang belajar tu pula mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
2. Anda yang bercucuk tanam. Menanam apa saja jenis tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan atau ada kegunaannya. Selama mana ada manusia dan haiwan lain yang memakan tanaman anda.
3. Anda yang turut serta dalam pembinaan sesebuah masjid. Selagi ada manusia yang beramal ibadat di dalamnya atau menggunakannya untuk aktiviti kebaikan.
4. Orang yang menulis mushaf. Selagi ada individu yang membacanya.
5. Sesiapa yang mengalirkan air sungai dan selama mana ada makhluk yang minum daripadanya.
6. Anda menggali sesebuah perigi dan selagi ada orang yang menggunakannya.
7. Seperti yang disebutkan pada awal tadi, jika anda ada meninggalkan anak yang soleh dan solehah. Segala doa mereka inilah yang dapat membantu anda kelak.
Sebanyak mana amal yang anda lakukan (seperti di atas) semasa di dunia dan selama mana ada pihak yang beroleh kebaikan daripadanya, maka selagi itulah anda akan diberikan ganjaran pahala. InsyaAllah.
Kesimpulannya, janganlah anda lokek dalam membuat kebajikan kerana sesungguhnya kebaikan itulah yang akan membantu anda di kemudian hari.
0 comments:
Post a Comment