CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

ORGANISASI RAKAN SURAU SESI 2011/2012

PENAUNG :
DR MOHAMMAD AZIZ SHAH BIN MOHAMED ARIP
(PENGETUA KOLEJ HARUN AMINURRASHID )

PENASIHAT :
USTAZ ROSLIZA @ ROSLI BIN MAHMUD
( PENGARAH PUSAT ISLAM UPSI )
DR MAKMUR BIN HARUN
( FELO/PENASIHAT )

PEMANTAU :
HUSAIRI BIN HANAFI
EMY NAZIRA BINTI EMBONG

PENGERUSI :
HAFIZALULLAH BIN ALIAS

TIMBALAN PENGERUSI 1 :
HENG TIGER

TIMBALAN PENGERUSI 2 :
SITI HAFSAH BINTI HAJI MOHTAR

SETIAUSAHA :
NUR HAKEMAH BINTI HASSAN

TIMBALAN SETIAUSAHA :
NURUL IDAYU BINTI MAT NOR

BENDAHARI :
SITI NORAINI BINTI SUKERNA

TIMBALAN BENDAHARI :
HASNOR BINTI IZZATIE

LAJNAH DAKWAH DAN PENERANGAN ( LDP )
RAIS : MOHD AHZAM BIN CHE MAT
RAISSAH : NORMA BINTI SUDIRMAN

LAJNAH 3K
RAIS : MOHD FARHAN BIN ABD LATIB
RAISSAH : NUR HANIS BINTI SAMSUDIN

LAJNAH EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN ( LE )
RAISSAH 1 : HUDA BINTI YUSOF
RAISSAH 2 : AMNAH BINTI ABDUL HAMID

LAJNAH TARBIAH ROHANIAH ( LTR )
RAIS :MOHAMMAD HALIMI BIN ABDUL HADI
RAISSAH : NUR AQILAH BINTI MOHAMAD NASIR

LAJNAH TARBIAH JASADIAH ( LTJ )
RAIS : SYED AHMAD WAJEEH BIN SYED SYEIKH
RAISSAH : SITI THALATHIAH BINTI CHE PA

LAJNAH HELWA
RAISAH 1 : NORIDAYU BINTI MOHAMED
RAISSAH 2 : SITI NAILAH FARAFISHAH BINTI ABDUL

LAJNAH PENERBITAN DAN INFORMASI ( LPI )
RAIS : AHMAD GADDAFIE BIN SABRIL AMAN
RAISSAH : SITI HAJAR BINTI ALIYAIS

LAJNAH PENGURUSAN SURAU
RAIS : NUR AFIFI BIN MOHAMAD MAHMOD
RAISSAH : HANNAN HANINA BINTI MOHAMAD

Monday, January 04, 2010

Dakwah Tugas Setiap Muslim

ISLAM adalah agama Samawi terakhir yang diturunkan Allah menjadi pedoman hidup umat manusia. Kedatangan Islam memansuhkan syariat yang diturunkan kepada nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya hanya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam" (Surah al-Ali 'Imraan, ayat 19).


Jelas, Allah tidak menerima agama lain selain Islam. Perkara ini dijelaskan Allah menerusi firman-Nya bermaksud:
"Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari kalangan orang yang rugi." (Surah Ali 'Imraan, ayat 85)

Tugas menyebarkan dakwah perlu digalas setiap umat Islam. Ia kesinambungan kepada tugas Nabi Muhammad s.a.w selama 23 tahun.

Dakwah tidak hanya tertumpu kepada bukan Islam menerima Islam, bahkan ia adalah proses menyeru umat Islam yang lalai kembali kepada ketetapan yang digariskan Islam.

Firman Allah bermaksud:
"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi pembantu bagi setengah yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan." (Surah at-Taubah, ayat 71).

Prinsip ini yang sentiasa menjadi ingatan setiap individu Muslim agar umat Islam terus menjadi yang terbaik. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Surah Ali 'Imraan, ayat 110).

Islam tidak pernah membebani umatnya dengan sesuatu yang tidak mampu untuk ditunaikan.

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Barang siapa di antara kamu melihat berlakunya kemungkaran, maka hendaklah diubah dengan tangannya (kuasanya) dan sekiranya ia tidak mampu, maka hendaklah dengan lidahnya dan sekiranya dia tidak mampu, hendaklah diubah dengan hatinya (benci dengan hati) dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis riwayat Muslim).

Pendekatan "dakwah bi al-hal" atau dakwah dengan penampilan diri adalah antara cara paling mudah bagi menyeru manusia menerima Islam.

Sifat terpuji seperti bercakap benar, sabar, kasih sayang, hormat menghormati dan merendah diri harus sentiasa sebati dalam diri setiap individu Muslim.

Dakwah melalui penampilan diri sebenarnya lebih mudah jika setiap Muslim sedar peranan mereka menyebarkan dakwah.

Sebaliknya, jika kita tidak berusaha menjauhkan diri daripada melakukan sifat tercela seperti sombong, hasad dengki, tamak, bangga diri, rasuah dan khianat, ia memberi gambaran buruk kepada Islam.

Firman Allah S.W.T bermaksud:
"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) fitnah (dosa yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab seksa-Nya." (Surah al-Anfaal, ayat 25).

Sesungguhnya pahala yang besar menanti mereka yang sentiasa berjuang menegakkan agama Islam serta menyebarkan kepada umat manusia.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barang siapa menyeru kepada petunjuk (Islam) maka ia akan mendapat pahala seperti pahala yang diperoleh oleh orang-orang yang mengikutinya, tidak berkurang sedikit pun." (Hadis riwayat Muslim).

Sesungguhnya Allah tidak menyerahkan amanah yang mulia ini kepada manusia jika tidak mampu memikulnya. Firman-Nya yang bermaksud:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." (Surah al-Baqarah, ayat 286).

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOME