Amalan membaca Al-Quran adalah salah satu daripada ciri-ciri budaya Islam yang sewajarnya dilakukan sepanjang masa dan sepanjang hayat. Bukan sahaja pahala dan fadhilat yang kita perolehi, malahan ia menjadi salah satu syi'ar agama Islam yang dapat dilihat dan dicontohi oleh orang-orang bukan Islam. Semakin hari kita seolah-olah telah kembali ke zaman jahilliyah. Jika dilihat sekeliling hanya segelintir yang betul-betul menghayati dan mentaati suruhanNya. Sudahlah begitu kadang-kala penampilan Islamik yang ditonjolkan, seringkali dipandang seolah-olah kita begitu asing dinegara yang digelar 'Negara Islam' ini. Ada juga yang masih alpha sibuk mengejar dunia, namun akhirat ditinggalkan. Sibuk mengejar kekayaan yang sementara. Apa yang ditakuti
Rasulullah SAW didalam hadis nya bersabda:-
"Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengenai kamu semua ialah 2 perkara iaitu, mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan. Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia".
Kini ia benar-benar terjadi. Terlalu ramai yang mengikut hawa nafsu, mengejar pangkat dan darjat hingga sanggup menutup kebenaran untuk kepentingan diri masing-masing. Keseluruhannya adalah kerana terlalu panjang angan-angan dan disebabkan panjang angan-angan inilah kita menjadi si pencinta dunia lalu seolah-olah membuang akhirat.
Wahai umat Islam yang dikasihi, usahlah kamu terlalu mengikut perasaanmu, hingga terlupa menyebut namaNya melalui kalam-kalam yang telah diturunkanNya. Belajarlah mengenaiNya melalui solat yang diwajibkan, ditambah lagi kemanisan solat itu dengan solat sunat dengan melakukan QiyaMulai. Lalu kamu susuri pula dengan membaca Al-Quran yang diturunkan kepada Muhammad nescaya kamu tidak akan sesat. Bahkan kamu akan rasa dibimbing menuju cahaya cintaNya.
-Lembutkanlah lidahmu dengan membaca Al-Fatihah untuk membaiki hati yang gundah. Di antara fadhilat indahnya
*mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran.
*Al-Fatihah adalah untuk apa yang dimaksudkan dalam bacaannya.Maka hayatilah pengertiannya.
*Untuk memohon sesuatu hajat yang baik kepada Allah SWT,baca 41 kali setiap hari,waktunya diantara solat sunat Subuh dan solat Fardhu Subuh.
-Ikhlaskan hatimu membaca Al-Baqarah agar syaitan tidak singgah ke rumah lalu memanah kata nan indah bersulam dusta.
Sabda Rasulullah SAW
'Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai bonggol. Dan bonggol Al-Quran adalah surah Al-Baqarah.Sesiapa yang membacanya pada malam hari dirumahnya,syaitan tak akan masuk ke rumahnya selama tiga malam.Dan sesiapa yang membacanya pada siang hari,syaitan tak akan masuk kerumahnya selama tiga hari. (Riwayat Ibnu Hibban)
-Hindarilah kamu dari fitnah Dajjal yang keji dengan membaca surah Al-Kahfi
Imam Ahmad berkata: "Daripada Abi Darda' daripada Nabi(SAW), baginda telah bersabda 'Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi. Maka terhindar daripada Dajjal. (Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al Tarmizi daripada Qatadah)
-Mohonlah keampunan disulami dengan membaca surah Yassin
Daripada Abdullah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda
'Sesiapa yang membaca yassin pada waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah SWT, maka akan diberi keampunan baginya (HR.Ibnu Katsir)
Lalu bacakanlah pula Surah Ad-Dukhan
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata: Nabi SAW telah bersabda
'Sesiapa yamg membaca surah"Haamin Ad-Dukhan" pada waktu malam, maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya'.(HR Ibnu Katsir)
Tambahilah dengan membaca surah Al-Mulk
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Nabi SAW telah bersabda
'Sesungguhnya didalam Al-Quran ada tiga ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk"(Tabaraakal-Lazi)"
-Jika kamu tidak mahu miskin lalu rajinkan lah kamu membaca Surah Al-Waqiah
Usman berkata:"Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW bersabda
'Sesiapa membaca surah 'Al-Waqiah'tidak akan jadi miskin selama-lamanya.
-Inginkah kamu mati didalam syahid amalkan lah surah Al-Hasyar
Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a.berkata:Nabi SAW telah bersabda
'Sesiapa membaca keika bangkit subuh 'A'uuzubillahis-Sami'il-a'limi-Minas Syaitanir-rajim' kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah SWT mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.
Lapangkanlah dadamu dengan menghafal Asma'ul Husna
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Rasulullah SAW telah bersabda
'Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sembilan puluh sembilan nama,iaitu seratus kurang satu,sesiapa yang menghafalnya seluruhnya masuklah ia ke syurga.(HR Bukhari)
Semoga kita punya jiwa yang mahu mengubah segalanya yang terbaik.Usahlah dikejar kebaikan didunia sahaja kerana ia selalu membawa bencana bia kita tidak tahu mengemudikannya. Seimbangkanlah imu dunia mu dan imu akhirat sesungguhnya itulah yang paling baik.
Ingin sekali diperingatkan bahawa bukanlah surah-surah diatas ini sahaja mempunyai fadhilat tertentu atau istimewa,bahkan semua surah di dalam Al-Quran mempunyai fadhilatnya yang tersendiri. Lalu bukakanlah mindamu untuk memahami dan mendalami setiap apa yang terkandung didalamnya. Moga kita diberi petunjuk.
PAKAIAN HATI IALAH KEIKHLASAN
PAKAIAN LIDAH IALAH KEBENARAN
PAKAIAN FIKIR IALAH KEBIJAKSANAAN
PAKAIAN RASA IALAH KEINSAFAN
PAKAIAN HAMBA IALAH PENGABDIAN
PAKAIAN BATIN IALAH KESUCIAN
PAKAIAN HIDUP IALAH KETAKWAAN
~www.iluvislam.com~
0 comments:
Post a Comment