CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

ORGANISASI RAKAN SURAU SESI 2011/2012

PENAUNG :
DR MOHAMMAD AZIZ SHAH BIN MOHAMED ARIP
(PENGETUA KOLEJ HARUN AMINURRASHID )

PENASIHAT :
USTAZ ROSLIZA @ ROSLI BIN MAHMUD
( PENGARAH PUSAT ISLAM UPSI )
DR MAKMUR BIN HARUN
( FELO/PENASIHAT )

PEMANTAU :
HUSAIRI BIN HANAFI
EMY NAZIRA BINTI EMBONG

PENGERUSI :
HAFIZALULLAH BIN ALIAS

TIMBALAN PENGERUSI 1 :
HENG TIGER

TIMBALAN PENGERUSI 2 :
SITI HAFSAH BINTI HAJI MOHTAR

SETIAUSAHA :
NUR HAKEMAH BINTI HASSAN

TIMBALAN SETIAUSAHA :
NURUL IDAYU BINTI MAT NOR

BENDAHARI :
SITI NORAINI BINTI SUKERNA

TIMBALAN BENDAHARI :
HASNOR BINTI IZZATIE

LAJNAH DAKWAH DAN PENERANGAN ( LDP )
RAIS : MOHD AHZAM BIN CHE MAT
RAISSAH : NORMA BINTI SUDIRMAN

LAJNAH 3K
RAIS : MOHD FARHAN BIN ABD LATIB
RAISSAH : NUR HANIS BINTI SAMSUDIN

LAJNAH EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN ( LE )
RAISSAH 1 : HUDA BINTI YUSOF
RAISSAH 2 : AMNAH BINTI ABDUL HAMID

LAJNAH TARBIAH ROHANIAH ( LTR )
RAIS :MOHAMMAD HALIMI BIN ABDUL HADI
RAISSAH : NUR AQILAH BINTI MOHAMAD NASIR

LAJNAH TARBIAH JASADIAH ( LTJ )
RAIS : SYED AHMAD WAJEEH BIN SYED SYEIKH
RAISSAH : SITI THALATHIAH BINTI CHE PA

LAJNAH HELWA
RAISAH 1 : NORIDAYU BINTI MOHAMED
RAISSAH 2 : SITI NAILAH FARAFISHAH BINTI ABDUL

LAJNAH PENERBITAN DAN INFORMASI ( LPI )
RAIS : AHMAD GADDAFIE BIN SABRIL AMAN
RAISSAH : SITI HAJAR BINTI ALIYAIS

LAJNAH PENGURUSAN SURAU
RAIS : NUR AFIFI BIN MOHAMAD MAHMOD
RAISSAH : HANNAN HANINA BINTI MOHAMAD

Monday, September 07, 2009

Bab 2: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadah

Ibadah di dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan dan kerendahan kepada Allah dan ia juga adalah kemuncak betapa ia merasai keagungan Tuhan yang disembah. Ia menjadi anak tangga pertatehan di antara si hamba dengan Tuhannya. Ibadah ini juga memberi kesan yang mendalam di dalam perhubungan manusia dengan makhluk lainnya. Begitu juga dengan ibadah-ibadah dalam rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji serta amalan-amalan lainnya yang dilaksanakan untuk mendapat keredaan Ilahi dan dalam mengamalkan Syariat-Nya adalah termasuk dalam pengertian 'ibadah. Bertitik tolak dari pengertian inilah Islam menetapkan supaya seluruh hidup manusia dipelihara agar menjadi 'ibadah dan taat kepada Allah s.w.t seperti yang dinyatakan oleh Allah:

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.(Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)

Firman Allah seterusnya:

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah Al- An'am 6: Ayat 162)

1- Saya mestilah memastikan 'ibadah saya mempunyai hubungan dengan Tuhan yang disembah.

Inilah apa yang dikatakan martabat "keihsanan dalam 'ibadah". Rasulullah s.a.w sendiri pernah ditanya (oleh malaikat Jibril) tentang martabat "ihsan" ini, lalu baginda menjawab:

"Baha engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatnya (sekalipun) sebenarnya Ia melihat engkau (Hadis Muttafaqun 'Alaih).

2- Saya mestilah melakukan 'ibadah dengan penuh khusyuk sehingga saya dapat merasai kelazatan serta kemanisannya malah mendatangkan kekuatan kepada saya untuk berterusan mengerjakannya.

'Aisyah r.a mengatakan:

"Adalah Rasulullah s.a.w berbicara dengan kami dan kami juga berbicara dengannya tetapi bila tiba sahaja waktu sembahyang ia seolah-olah tidak mengenali kami dan kami pula tidak mengenalinya." (Hadis diriwayatkan oleh Al-Azdi)

Kekhusyukan inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w:

"Berapa ramai orang yang mengerjakan sembahyang, habuan yang ia terima hanyalah penat dan lelah. (Hadis Riwayat Al-Nasa'i)

"Berapa ramai orang yang berpuasa, ia tidak memperolehi apa-apa ganjaran kecuali lapar dan dahaga. (An-Nasa’I dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah)

3- Saya mestilah beribadah dalam keadaan hati saya merasai kehadiran Allah, membuang dan melupakan kesibukan dunia dan hiruk-pikuknya.

Beribadat dalam keadaan seperti inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah
s.a.w dalam sabdanya:

"Allah s.w.t tidak memandang kepada sembahyang seorang lelaki yang mengerjakan tanpa kehadiran hati berserta gerak badannya." (Hadith ini diriwayatkan juga oleh Abu Mansur Ad-Dailami dlam “Musnad Al-Firdaus” daripada Ubayy Ibn. Ka’ab dan sanadnya da’if.)

Berkata 'ulama':

"Sembahyang itu adalah urusan akhirat, maka kamu masuk menunaikannya (bererti) kamu telah keluar dari dunia."

Al-Hassan Al-Basri meriwayatkan:

"Setiap sembahyang yang tidak disertai kehadiran hati, maka ia adalah lebih hampir kepada seksaan."

4- Saya mesti beribadat dalam keadaan sentiasa ingin menambahnya, tidak merasa cukup dan tidak kenyang. Saya perlu menghampirkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan sunat sebagai menyahut seruan Allah.

Di dalam sebuah hadis qudsi:

"Sesiapa yang memusuhi kekasihku (waliKu), maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidak ada satu perbuatan mendekatkan diri (taqarrab) kepada Aku oleh hambaKu yang lebih Aku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yang Aku fardukan ke atasnya. Hamba Ku akan terus beramal menghampiri diri kepadaKu dengan melakukan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya maka Aku (menjadikan) pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon sesuatu dari Aku nescaya Aku berikannya. Dan jika dia memohon perlindungan Aku (dari sesuatu) nescaya Aku akan melindunginya. Aku tidak pernah ragu dari sesuatu yang Aku lakukan seperti Aku ragu (hendak mengambil) nyawa hambaKu yang Mukmin, di mana dia membenci maut sedang Aku tidak menyakitinya." (Hadis oleh Al-Bukhari)

5- Saya mestilah mengambil berat terhadap ibadat qiamullail (sembahyang malam) serta melatih diri melakukannya sehingga ia menjadi satu kebiasaan. Ini adalah kerana qiamullail itu adalah sumber kekuatan yang memantapkan iman.

Sungguh benar firman Allah:

Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (Surah Al-Muzammil 73: Ayat 6)

Allah s.w.t juga menerangkan sifat hamba-hambanya yang mukmin:

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. 18- Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). (Surah Al-Zariat 51: Ayat 17-18)

Firman Allah seterusnya:

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. (Surah Al- Sajdah 32: Ayat 16)

Di antara amalan-amalan sunat yang dikerjakan antara lain qiamullail, sembahyang dhuha, sembahyang tarawih, puasa pada hari Isnin dan Khamis, puasa pada Hari Arafah, puasa pada Hari Asyura, puasa enam hari dalam bulan Syawal, tiga hari di setiap pertengahan bulan (13,14 dan 15) dan beriktikaf di masjid.

6- Saya mestilah meluangkan waktu tertentu untuk membaca Al-Quran dengan cara merenungi maksud dan pengajarannya terutama di waktu dhuha kerana Allah berfirman:

Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). (Surah Al-Isra' 17: Ayat 78).

Saya mesti membacanya dengan penuh tadabbur, berfikir, merenunginya
dengan khusyuk dan sedih kerana sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesunguhnya Al-Quran diturunkan dalam keadaan dukacita, maka apabila kamu membacanya hendaklah kamu merasakan kedukacitaan tersebut." (Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dan Abu Nu'aim).

Demikian juga saya mestilah sentiasa ingat peringatan Allah dalam firmanNya:


Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah). (Surah Al-Hasyr 59: Ayat 21).

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tidaklah beriman dengan Al-Quran oleh orang yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran" (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Sabdanya lagi:

"Ibadah yang paling utama bagi umatku ialah membaca Al-Quran". (Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Fadha'ilul-Quran)

Di dalam sebuah hadis dari 'Abdullah bin Mas'ud Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Al-Quran ini adalah hidangan Allah, oleh itu hendaklah kamu menyebutnya sekadar yang terdaya oleh kamu menyebutnya. Sesungguhnya Al- Quran ini adalah tali Allah, cahaya yang terang benderang dan penawar yang berguna. Penjaga kepada siapa yang berpegang kepadanya, jaminan kejayaan bagi yang mengikutinya. Ia tidak salah yang menyebabkan ia tercela, ia tidak bengkok yang menyebabkan ia perlu diperbetulkan, keajaibannya tidak kunjung habis dan ia tidak menjadi cacat sekalipun banyak (kandungannya) ditolak orang. Bacalah Al-Quran kerana Allah akan memberi ganjaran ke atas setiap huruf dari bacaanmu dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan kepadamu Alif, Lam, Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." (Riwayat Al-Hakim)

Dalam satu wasiat kepada Abu Zar Rasulullah berkata:

"Kamu wajib melazimkan dirimu membaca Al-Quran kerana ia adalah cahaya untuk kamu di bumi dan perbendaharaan untuk di langit." (Riwayat Ibnu Hibban)

7- Saya mestilah menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak bagi segala 'ibadah.

Untuk itu saya mestilah memilih doa-doa yang ma'thur dari Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya benar firman Allah bila Ia mengatakan:


"Mintalah doa kepadaku, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu".

1. Doa ketika hendak tidur.

"Dengan nama-Mu wahai Tuhanku, aku baringkan pinggangku dan kerana Engkau aku mengangkatnya; jika Engkau tahan jiwaku (Kau ambil jiwaku) ampunilah diriku, jika Engkau lepaskan ruhnya, maka peliharalah diriku sebagaimana Kau pelihara hamba-hambaMu yang salih. (Hadis riwayat Jama'ah).

2. Doa ketika bangun dari tidur.

"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah kami mati. Dan kepadaNya kami kembali." (Hadis riwayat Bukhari)

3. Doa ketika memakai pakaian dan menanggalnya.

"Ya Allah aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan yang ada padanya. Aku berlindung padaMu dari kejelikan pakaian ini dan kejelikan apa yang ada padanya". (Hadis Riwayat Ibnus Sunni)

4. Doa ketika keluar dari rumah dan memasukinya.

"Dengan nama Allah aku bertawakal kepadaNya; tidak ada daya, tidak ada kekuatan kecuali kerana Allah". (Sunan Tirmizi)

5. Doa ketika berjalan ke Masjid.

"Ya Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya, dalam pandanganku cahaya, pada pendengaranku cahaya, sebelah tangan kananku cahaya dan pada sebelah tangan kiriku cahaya, di atasku cahaya, di bawahku cahaya, di mukaku cahaya dan di belakangku cahaya dan jadikanlah bagiku cahaya." (Hadis riwayat Bukhari)

6. Doa ketika memasuki masjid.

"Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatmu".

7. Doa ketika keluar dari masjid.

"Ya Allah, aku memohon kepadamu kurniaanMu". (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasa'i)

8. Doa ketika hendak makan.

"Ya Allah, berkatilah kami pada apa-apa yang Kamu rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari seksa neraka, dengan nama Allah". (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

9. Doa setelah selesai makan.

"Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makanan kepada kami, memberi minuman kepada kami dan menjadikan kami dari golongan Muslim". (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)

10. Doa ketika memasuki tandas.

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari khubuth dan khaba'ith". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

11. Doa ketika keluar tandas.


"Segala puji bagi Allah yang telah memberikan aku mengecap kelazatannya dan menjauhkan aku dari kesakitannya". (Hadis riwayat Ibn Sunni dan Al-Tabarani)

12. Doa sebelum bersetubuh.

"Dengan namaMu, ya Allah jauhkanlah dari kami syaitan dan jauhkan syaitan daripada apa yang Kau kurniakan kepada kami".(Hadis riwayat Bukhari).

Jika ditakdirkan bagi mereka memperolehi anak, syaitan tidak akan memudaratkannya selama-lamanya.

13. Doa ketika tidak dapat tidur.

"Ya Allah, sudah terbenam bintang-bintang sudah terkatup banyak mata sedangkan Engkau hidup dan jaga, tidak tidur. Wahai Yang Tegak, Yang Hidup dan Yang Jaga, tenteramkanlah mataku". (Hadith riwayat Ibnus Sunni daripada Zaid Ibn Thabit)

14. Wirid selepas sembahyang.

Sesiapa yang bertasbih kepada Allah (membaca Subhanallah) sesudah setiap sembahyang 33 kali, membaca tahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan membesarkan Allah (Allahuakbar) 33 kali. (Hadith riwayat Muslim daripada Abu Hurairah) Dan digenapkan menjadi seratus dengan membaca:

"Tidak ada Tuhan kecuali Allah Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagiNya, kepunyaanNya segala kekuatan dan kepunyaanNya segala pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu". (Hadis riwayat Muslim)

15. Doa ketika selesai majlis.

"Maha suci Engkau ya Allah dengan segala pujiMu aku bersaksi tidak ada Tuhan kecuali Engkau, aku bermohon ampun kepadamu dan kau bertaubat kepadaMU".(Hadith riwayat Muslim daripada Ibn Umar)

16. Doa ketika menaiki kenderaan.

"Segala puji bagi Allah yang menggerakkan bagi kami kenderaan ini, padahal kami tidak sanggup melakukannya, dan sesungguhnya kami semuanya kembali kepada Tuhan kami".(Hadith riwayat Muslim daripada Ibn Umar)

17. Doa ketika bermusafir.

"Ya Allah kerana Engkau aku berusadan kerana Engkau aku berjalan dan kerana Engkau pula aku berpergian. Ya Allah, aku bermohon kepadaMu dalam perjalanan ini kebajikan dan ketakwaan dan berupa amal yang Engkau redai. Ya Allah, ringankanlah bagi kami perjalanan kami ini dan dekatkanlah bagi kami yang jauhnya. Ya Allah, Engkaulah sahabat dalam perjalanan dan Wakil di tengah-tengah keluarga. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kepayahan perjalanan, dari kesedihan penglihatan, dari kejelekan saat kembali pada harta, keluarga dan anakanak". (Ini sambungan daripada hadith dahulu)

18. Doa ketika hujan turun.

"Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat (dua kali atau tiga kali)". (Hadis riwayat Ibnu Syaibah dari hadis Aisyah).

19. Doa ketika mendengar guruh.

"Ya Allah, jangan Engkau bunuh kami dengan murkaMu dan jangan Engkau binasakan kami dengan siksaMu dan selamatkan kami sebelum itu". (Hadis riwayat Tirmizi, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, dari hadis 'Abdullah bin 'Umar)

20. Doa ketika melihat anak bulan.

"Allah Maha Besar, ya Allah, muncullah bulan ini bagi kami dengan penuh berkat dan iman, keselamatan dan keIslaman, taufik pada apa-apa yang Engkau cintai dan Engkau redai, ya Tuhanku dan Tuhanmu, Allah". (Hadith riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Hibban daripada Takhah Ibn Ubaidillah dan Tirmizi berkata: Hadith ini Hasan, tetapi bahagian ‘Allahuakbar’ di sebut oleh ad-Darimi sahaja)

21. Doa kepada pengantin.

"Semoga Allah memberkati engkau dan memberkati atas kau dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan". (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan empat ahli hadis dari Anas dan Abu Hurairah).

22. Doa ketika melihat kanak-kanak.

"Aku bermohon perlindungan untukmu dengan kalimat Allah yang sempurna dari setiap syaitan dan racun, dan dari setiap mata yang membawa kejelikan". (Hadis riwayat Bukhari dari hadis Ibnu 'Abbas)

23. Doa ketika menziarahi orang sakit.

"Ya Allah, hilangkanlah penyakit ini, wahai yang memelihara manusia. Sembuhkanlah, sesungguhnya Engkaulah yang meyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan yang diberikan olehMu, kesembuhan yang tidak disertai rasa sakit". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim daripada ‘Aisyah)

24. Doa ketika dukacita.

"Tidak ada Tuhan yang berhak menyembuhkan melainkan Engkau, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim daripada Usamah Ibn Zaid)

25. Doa takziah kematian.

"Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang Ia ambil dan kepunyaanNya apa yang Ia berikan dan segala sesuatu pada sisiNya sampai waktu yang ditentukan. Hendaklah kamu bersabar dan mengharapkan ganjaran". (Hadis riwayat Bukhari dari hadis Usamah).

26. Doa dalam sembahyang jenazah.

"Ya Allah, maafkanlah dia dan berilah rahmat ke atasnya, selamatkanlah dia dan ampunilah dia, muliakanlah tempatnya, luaskan tempat masuknya dan bersihkanlah dia dengan air salju dan air dingin. Sucikanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan pakaian yang putih dari kotoran, gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumahnya, keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangan yang dimilikinya. Masukkanlah dia ke syurga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka". (Hadith riwayat Muslim daripada ‘Aus Ibn Malik)



http://www.mylivesignature.com/signatures/54487/282/4C6E7CC756D487881EC4E2F183AE5103.png

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOME