CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

ORGANISASI RAKAN SURAU SESI 2011/2012

PENAUNG :
DR MOHAMMAD AZIZ SHAH BIN MOHAMED ARIP
(PENGETUA KOLEJ HARUN AMINURRASHID )

PENASIHAT :
USTAZ ROSLIZA @ ROSLI BIN MAHMUD
( PENGARAH PUSAT ISLAM UPSI )
DR MAKMUR BIN HARUN
( FELO/PENASIHAT )

PEMANTAU :
HUSAIRI BIN HANAFI
EMY NAZIRA BINTI EMBONG

PENGERUSI :
HAFIZALULLAH BIN ALIAS

TIMBALAN PENGERUSI 1 :
HENG TIGER

TIMBALAN PENGERUSI 2 :
SITI HAFSAH BINTI HAJI MOHTAR

SETIAUSAHA :
NUR HAKEMAH BINTI HASSAN

TIMBALAN SETIAUSAHA :
NURUL IDAYU BINTI MAT NOR

BENDAHARI :
SITI NORAINI BINTI SUKERNA

TIMBALAN BENDAHARI :
HASNOR BINTI IZZATIE

LAJNAH DAKWAH DAN PENERANGAN ( LDP )
RAIS : MOHD AHZAM BIN CHE MAT
RAISSAH : NORMA BINTI SUDIRMAN

LAJNAH 3K
RAIS : MOHD FARHAN BIN ABD LATIB
RAISSAH : NUR HANIS BINTI SAMSUDIN

LAJNAH EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN ( LE )
RAISSAH 1 : HUDA BINTI YUSOF
RAISSAH 2 : AMNAH BINTI ABDUL HAMID

LAJNAH TARBIAH ROHANIAH ( LTR )
RAIS :MOHAMMAD HALIMI BIN ABDUL HADI
RAISSAH : NUR AQILAH BINTI MOHAMAD NASIR

LAJNAH TARBIAH JASADIAH ( LTJ )
RAIS : SYED AHMAD WAJEEH BIN SYED SYEIKH
RAISSAH : SITI THALATHIAH BINTI CHE PA

LAJNAH HELWA
RAISAH 1 : NORIDAYU BINTI MOHAMED
RAISSAH 2 : SITI NAILAH FARAFISHAH BINTI ABDUL

LAJNAH PENERBITAN DAN INFORMASI ( LPI )
RAIS : AHMAD GADDAFIE BIN SABRIL AMAN
RAISSAH : SITI HAJAR BINTI ALIYAIS

LAJNAH PENGURUSAN SURAU
RAIS : NUR AFIFI BIN MOHAMAD MAHMOD
RAISSAH : HANNAN HANINA BINTI MOHAMAD

Sunday, August 29, 2010

Ramadhan [Andai Ini Yang Terakhir]

Andai ini sepuluh malam Ramadhan terakhirku


Ramadhan yang sering dirindui pada permulaanya kini semakin dilupakan apabila keghairahan menyambut syawal mula menyubur dalam diri. Lagu raya mula berkumandang membawa pelbagai impian dan harapan kepada sang pendengar, mula berkira-kira persiapan untuk menyambut syawal walaupun Ramadhan masih berbaki belas-belas hari lagi. Saf-saf Solat tarawih juga sudah mula berkurang tidak semeriah diawal bulan ramadhan dahulu. Dan setiap tahun, perkara ini tetap berulang walau disebut berkali-kali akan kemuliaan bulan ramadhan terutama di sepuluh malam yang terakhir.



Tidak salah untuk bergembira menyambut kedatangan bulan syawal yang akan tiba, tetapi andai kita menyedari berkatnya bulan ramadhan pasti kita tidak sanggup untuk membiarkan ia berlalu meninggalkan kita. Apakah langkah yang terbaik untuk mengembalikan semula jiwa serta semangat untuk beribadah dalam bulan ramadhan ini terutama dalam mengejar sepuluh ramadhan yang terakhir. Mengingati kematian itu adalah ubat yang terbaik.Jika mengingati mati, pasti kita akan ketakutan atau bersedih kerana mengingatkan apa yang bakal dihadapi di alam akhirat.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya.

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).

Ketahuilah kematian pasti tiba kepada seluruh umat tanpa mengenal erti bangsa, kedudukan, kekayaan atau gagah perkasa. Tiada sesiapa pun yang boleh melarikan diri daripada maut. Apabila ditetapkan waktu kematian seseorang, ia tidak akan tertunda atau dicepatkan walaupun sesaat.

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” [Al-Qadr]

Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang dikenali sebagai "Lailatul Qadr", pokok daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Quran mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan. Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.

Perbanyakkan tadabbur ayat-ayat al-Quran kerana jiwa yang gersang pasti akan menyubur semula kerana daripada al-Quran:

Ayat 15-16 surah al-Maidah : "Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah dan kitab yang menerangkan (al-Quran)."

Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, (dan dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.

Dalam ayat 9 surah al-Hadid : "Dialah (Allah) yang menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad) ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (Islam)."

Jelas dari keterangan kedua-dua ayat di atas menunjukkan bahawa fungsi sebenar penurunan al-Quran ke atas manusia, tidak lain adalah untuk menyelamatkan mereka dari terus berada dalam kegelapan dunia yang terpaksa meraba-raba serta tanpa hala tuju hidup yang jelas dan sempurna kepada cahaya Islam, tidak cukup dengan itu, Allah SWT melalui kitabNya itu bertujuan untuk memimpin mereka ke jalan yang benar dengan memberikan kepada mereka petunjuk kebenaran agar mereka ditempatkan ke dalam syurga di akhirat kelak.

Hidupkan semula jiwa dan roh yang kian luntur untuk mengabdikan diri kepada al-Khalik.

Carilah hikmah yng terkandung dalam bulan barakah ini,berusaha untuk bangun malam serta memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT. Wahai orang yg telah menyia-nyiakan umurnya, kejarlah segala yg telah terluput (tidak sempat dikerjakan) olehmu, di malam Lailatul Qadr ini. Sebab pada malam inilah sebagai pengganti umur, beramal di malam ini lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa yang tidak mendapat kebaikan pada malam itu, niscaya ia sangat merugi.

Perbanyaklah ibadah, seperti zikir dan do’a, istighfar, membaca Qur’an, solat sunnat, dan ibadah-ibadah yang lain (sedekah). Ayuh, kita pertingkatkan lagi ibadah kita 10 hari terakhir ini…mudah-mudahan kita ‘bertemu’ dengan malam Lailatul Qadr.

Wallahu 'alam.

Sumber PMIUSM

Monday, August 23, 2010

Ramadhan [SI TEMPAYAN RETAK]

Seorang tukang air India memiliki dua tempayan besar, masing-masing tergantung pada kedua hujung sebuah pikulan,yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh.


Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah daripada kuantiti yang seharusnya dapat diberikannnya.


Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu." "Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?" "Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.


Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."

Ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyadari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, Ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.


Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga disepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu? Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu menyirami benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana adanya kamu, Majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."


Si tempayan retak lantas tersenyum...


P/s: Carilah ibrah di sebalik kisah ini..=)

Ramadhan [TOLONG KRITIK SAYA]

[KLIK PADA GAMBAR]

Nasihat adalah satu dari tuntutan seorang saudara Islam ke atas saudaranya

Sabda Rasullullah S.A.W :

"Hak seorang muslim ke atas muslim yg lain ada enam perkara:
1- Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam,
2- Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputanya,
3- Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya,
4- Apabila ia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertashmid,
5- Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahi dan
6- Apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya"

Prinsip tegur menegur, bina membina, nasihat menasihati dan kritik mengkritik adalah suatu yang sangat baik malah turut diajar oleh agama bahkan sangat setuju ianya dihidup suburkan dalam organisasi tetapi biarlah ia berlaku dalam suasana:
a ] Mahabbah fillah [ kasih sayang kerana Allah ] ,
b ] Ukhuwwah fillah [ persaudaraan kerana Allah ] ,
c ] Al Wala' [ kesetiaan dan kejujuran terhadap organisasi ]


Wallahu'alam...

UkhwahFillah Ya Akhi...
UkhwahFillahYa Ukhti...
Mujahadah Ya Akhi..
Istiqamah Ya Ukhti...

Allah Yubarik Fikum... ;)

Saturday, August 14, 2010

HALAWATUR RAMADHAN

SALAM MAHABBAH BUAT SEMUA, DIHARAPKAN DENGAN KEDATANGAN BULAN YANG PENUH RAHMAT INI DISAMBUT DENGAN PENUH KESYUKURAN. BERSEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN KALI INI DENGAN TEMA RAMADHAN DIRAI, MAGHFIRAH DIKECAPI, BIRO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH TELAH MENGANJURKAN PROGRAM HALAWATUR RAMADHAN... DIHARAPKAN SEMUA PENGHUNI KOLEJ HARUN AMINURRASHID (KHAR) TERCINTA AKAN DAPAT BERSAMA-SAMA MENYERTAI SETIAP AKTIVITI YANG DIJALANKAN. MUDAH-MUDAHAN KITA MENDAPAT KEBERKATAN DAN RAHMAT DARI-NYA. INSYA'ALLAH....
TENTATIF PROGRAM HALAWATUR RAMADHAN:


11 OGOS 2010: PERTANDINGAN MUALLIF, BUKU SKRAP, REPLIKA KAD RAYA KREATIF,
PERTANDINGAN NASYID DAN POSTER (BERMULA)



15 OGOS 2010: SAHUR PERDANA, SOLAT SUBUH BERJEMAAH DAN KULIAH SUBUH



21 OGOS 2010: REMEMBRANCE OF AL-QUDS DAN CERAMAH OLEH USTAZ RIDWAN



22 OGOS 2010: TARIKH TUTUP PERTANDINGAN MUALLIF, BUKU SKRAP, REPLIKA KAD RAYA
KREATIF,PERTANDINGAN NASYID DAN POSTER


26 HINGGA 30 OGOS 2010: JUALAN RIANG RIA AIDIL FITRI



28 OGOS 2010: REWANG DAN IFTAR JAMAIE

Thursday, August 12, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...


Kelebihan setiap malam di bulan Ramadhan!

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat…”

Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ‘ bersenang-senang atau duduk istirehat ‘. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ‘ Barangsiapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang telah lalu ‘.

Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya: ‘Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya’ .

Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab ‘orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:

Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.

Malam kedua
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan ‘mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu ‘.

Malam keempat

Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam

Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh

Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.

Malam kelapan
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

Malam kesepuluh
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam kesebelas
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas

Muka bercahaya di hari Kiamat.

Malam ketiga belas
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belas

Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam kelima belas
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.

Malam keenam belas
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belas
Diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas

Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas

Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

Malam kedua puluh

Diberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam dua puluh satu
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam kedua puluh dua

Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima
Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh

Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan
Allah mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh

Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.

Rujukan: Buku Fadhilat Ramadan.

sila klik untuk perkongsian- iLuvislam.com

Wassalam :)

Sunday, August 08, 2010

JOM KUNJUNGI KAMI


SALAM MAHABBAH BUAT SEMUA PENGUNJUNG TERATAK RAKAN SURAU AR-RASHIDIN... ANTUM SEMUA DIJEMPUT UNTUK MENGIMARAHKAN GERAI BIRO LATIHAN PEMBANGUNAN SAHSIAH (LPS) BERSEMPENA SAMBUTAN SAHUKA...












TEMPAT: FOYER BLOK 1, BOOTH NO.13


MASA: 9 PAGI HINGGA 11 MALAM (SABTU & AHAD)




PELBAGAI BARANGAN MENARIK BOLEH DI DAPATI SEPANJANG BOOTH INI DIBUKA... BARANGAN JUGA DIJUAL DENGAN HARGA YANG SANGAT MENARIK...


JADI JANGAN LUPA, KUNJUNGI KAMIhttp://www.emocutez.com




















Friday, August 06, 2010

Jom Follow Rakan Surau aR-RaSHiDiN

Assalamualaikum dan salam ukhwah fillah..
Kepada semua rakan-rakan dan sahabat sekalian, marilah kita bersama-sama mengimarahkan blog ini. Anda semua dialu-alukan untuk menjadi follower Rakan Surau Ar-Rashidin. Segala ilmu-ilmu yang bermanfaat diharap dapat dikongsi bersama dan diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian. Moga kita sama-sama berada di bawah lembayung rahmatNya selalu.


mudah kan?
jomm..!!
tunggu apa lagi..

Wednesday, August 04, 2010

BLOG: RECONSTRUCTION


Salam mahabbah wa rahmah buat semua pengunjung blog rakan surau ar-rashidin, blog ini dalam proses penambahbaikan. Maaf diatas segala kesulitan yang dihadapi sepanjang antum melayari blog ini sepanjang tempoh proses reconstruction ini berlangsung. Semoga antum mendapat manfaat melalui kewujudan blog ini, insya'Allah... segala kesulitan didahului dengan asif jiddan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOME