CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

ORGANISASI RAKAN SURAU SESI 2011/2012

PENAUNG :
DR MOHAMMAD AZIZ SHAH BIN MOHAMED ARIP
(PENGETUA KOLEJ HARUN AMINURRASHID )

PENASIHAT :
USTAZ ROSLIZA @ ROSLI BIN MAHMUD
( PENGARAH PUSAT ISLAM UPSI )
DR MAKMUR BIN HARUN
( FELO/PENASIHAT )

PEMANTAU :
HUSAIRI BIN HANAFI
EMY NAZIRA BINTI EMBONG

PENGERUSI :
HAFIZALULLAH BIN ALIAS

TIMBALAN PENGERUSI 1 :
HENG TIGER

TIMBALAN PENGERUSI 2 :
SITI HAFSAH BINTI HAJI MOHTAR

SETIAUSAHA :
NUR HAKEMAH BINTI HASSAN

TIMBALAN SETIAUSAHA :
NURUL IDAYU BINTI MAT NOR

BENDAHARI :
SITI NORAINI BINTI SUKERNA

TIMBALAN BENDAHARI :
HASNOR BINTI IZZATIE

LAJNAH DAKWAH DAN PENERANGAN ( LDP )
RAIS : MOHD AHZAM BIN CHE MAT
RAISSAH : NORMA BINTI SUDIRMAN

LAJNAH 3K
RAIS : MOHD FARHAN BIN ABD LATIB
RAISSAH : NUR HANIS BINTI SAMSUDIN

LAJNAH EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN ( LE )
RAISSAH 1 : HUDA BINTI YUSOF
RAISSAH 2 : AMNAH BINTI ABDUL HAMID

LAJNAH TARBIAH ROHANIAH ( LTR )
RAIS :MOHAMMAD HALIMI BIN ABDUL HADI
RAISSAH : NUR AQILAH BINTI MOHAMAD NASIR

LAJNAH TARBIAH JASADIAH ( LTJ )
RAIS : SYED AHMAD WAJEEH BIN SYED SYEIKH
RAISSAH : SITI THALATHIAH BINTI CHE PA

LAJNAH HELWA
RAISAH 1 : NORIDAYU BINTI MOHAMED
RAISSAH 2 : SITI NAILAH FARAFISHAH BINTI ABDUL

LAJNAH PENERBITAN DAN INFORMASI ( LPI )
RAIS : AHMAD GADDAFIE BIN SABRIL AMAN
RAISSAH : SITI HAJAR BINTI ALIYAIS

LAJNAH PENGURUSAN SURAU
RAIS : NUR AFIFI BIN MOHAMAD MAHMOD
RAISSAH : HANNAN HANINA BINTI MOHAMAD

Wednesday, March 16, 2011

Aktifkan dirimu dengan berdoa


Bismillahi Wal Hamdulillah..
Salam pertemuan ukhwahfillah buat semua pembaca sekalian..Moga kita sentiasa terus diberi nikmat kesihatan untuk menjalani kehidupan dan menjalankan amanah yang digalasi sebagai seorang hamba di muka bumiNya. Semoga kita semua berada di bawah taufik dan inayahNya sentiasa hendaknya, insyaAllah..buat renungan bersama, marilah kita sama-sama mengisi rohani kita dengan sedikit santapan ilmu ini..

Aktikan Dirimu Dengan Berdoa
Kita berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita zahirkan mahupun apa yang kita sembunyikan. Jadi perlu apa lagi kita berdoa?

Berdoa sebenarnya adalah satu tugas pengabdian. Dengan berdoa kita mengakui kelemahan, kehinaan dan kejahilan dan lain-lain sifat kehambaan kita di sisiNya. Doa adalah bukti sifat kehambaan kita di hadapan Allah S.W.T. Sebagai hamba, kita memerlukan Allah lebih dari segala-galanya dalam hidup ini. Dan sebagai hamba kita wajib memuliakan Allah setiap masa.

Dan Allah berfirman yang bermaksud: 'Berdoalah kepadaKu nescaya akan Aku perkenankan begimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina (surah Ghafir 40:60).

Doa adalah cara hidup yang menjadi tradisi orang soleh. Bermula dari bangun tidur, membersihkan diri, masuk tandas, keluar tandas, memakai baju, menaiki kenderaan, melihat pemandangan, bersin, menguap hinggalah tidur semula. Itulah uniknya islam. Ajaran islam begitu kaya dengan doa. Allah mendidik kita untuk sentiasa berdoa kepadaNya. Malah Allah mengajar manusia tentang doa yang bagaimana seharusnya diajukan menerusi ayat-ayat Al-Quran. Para Rasul, Nabi juga mendidik umatnya dengan doa. Tradisi itu diteruskan oleh sahabat, tabiin, tabi’ tabiin dan generasi salafusoleh.

Mengapa Doa Penting????

1. Mengekalkan hubungan dengan Allah setiap masa
Manusia memerlukan Allah lebih daripada segala keperluan lain. Tanpa Allah dalam hatinya manusia umpama ikan yang ketiadaan air. Jiwanya akan mati. Manusia akan hilang ketenangan, kebahagiaan dan keharmonian walaupun dia memiliki segalanya. Tanpa hubungan dengan Allah yang berkekalan, manusia umpama layang-layang putus tali. Doa juga adalah sebenarnya zikir, yakni interaksi dan komunikasi kita kepada Ilahi dengan cara yang paling harmoni.

Firman Allah yang bermaksud “yakni mereka yang beriman dan hati mereka yang mejadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang" (surah al-Ra’d 13:28). Orang yang sering berdoa tidak akan dilanda stress yang melampau dan kemurungan dalam hidup. Hal ini kerana talian hayatnya sentiasa bersambung dengan Allah, apatah lagi ketika dia memerlukan pertolongan.

2. Keupayaan melakukan perubahan ke arah kebaikan secara berterusan.
Manusia perlu sentiasa berubah, daripada kurang baik kepada yang lebih baik. Daripada baik kepada yang lebih baik (cemerlang). Hidup orang yang berjaya sentiasa lebih baik daripada sebelumnya. Sama ada kebaikan itu berkait dengan Allah mahupun yang berkait dengan manusia. Doa itu harapan. Doa adalah satu kunci menggamit pertolongan Allah untuk melaksanakan perubahan diri yang dimaksudkan. Manakala usaha adalah langkah untuk merealisasikan harapan itu. Dengan berdoa kita melaksanakan sebaik tadbir. Apabila bergabung tadbir dan takdir yang baik, InsyaAllah kita akan berubah ke arah yang lebih baik.

3. Didampingi oleh malaikat dan menghalau syaitan.
Dalam mengharungi kehidupan ini, sentiasa ada makhluk lain yang mengiringi dan mendampingi kita. Syaitan sentiasa menghasut dengan menimbulkan keraguan, katakutan, kerakusan dan lain lain rasa yang negatif dalam hati kita. Inilah punca kejahatan, kegelisahan dan kegagalan dalam kehidupan seseorang. Jadi hanya dengan mengingati Allah menerusi doa, kita mampu menghalau syaitan yang sentiasa ingin mendampingi kita, Juga jika kita berdoa, malaikat akan mendampingi kita dan akan memberi saranan dan input yang baik-baik ke dalam hati kita. Kesannya manusia yang sentiasa didampingi malaika t akan lebih terkawal kata-kata, pertimbangan, keputusan dan tindakan dalam hidupnya. Oleh sebab itu berdoalah, insyaAllah malaikat akan hampir, syaitan pula akan meminggir.

4. Mengaktifkan diri untuk berusaha.
Doa adalah langkah pertama dan utama ke arah suatu tindakan. Dengan berdoa, kita sebenarnya telah mengaktifkan minda dan jiwa kita untuk bertindak. Malah dengan berdoa umpama menyalakan satu jana kuasa dalam diri yang akan menghasilkan tenaga kuat untuk meledakkan keyakinan. Ada saintis yang menyatakan doa adalah sejenis tenaga. Iaitu sejenis tenaga yang dihasilkan dalam diri seseorang hasil berhubung dengan Yang Maha Kuasa. Inilah hikmah mengapa Allah menyuruh kita berdoa. Kita bukan sahaja mendapat kekuatan daripada Allah malah akan mendapat kekuatan daripada tenaga dalam diri yang telah dikurniakan oleh Allah secara tabiin.

5. Membentang masalah dengan jelas dan tuntas.
Doa adalah langkah pertama untuk menyelesaikan sebarang masalah. Doa secara tidak langsung adalah cara kita membentangkan masalah kita untuk diselesaikan. Malangnya ramai orang yang hanya resah gelisah tidak tentu arah apabila ditimpa masalah. Mereka hilang arah atau tidak tahu pun apa masalah mereka yang sebenar. Doa menolong kita menukarkan masalah ke dalam bentuk perkataan. Dengan berdoa masalah yang asalnya kabur dan samar akan menjadi jelas dan terang. Doa adalah seperti menulis masalah kita di atas kertas. Dengan berdoa seolah-olah kita “berkata-kata” dengan Allah. Justeru, semasa kita memohon, merayu, mengadu dan meluahkan segala-galanya kepada Allah, kata-kata kita semasa itu seperti membentangkan masalah kita ke hadapanNya. Ini akan memberi kelegaan, malah masalah itu sudah menjadi separuh selesai.
Sumber: Lestari ilmu

*Begitulah beruntungnya menjadi umat Islam kerana terdapat pelbagai kepentingan yang kita peroleh dengan hanya berdoa. Islam menyajikan pelbagai doa yang diajar melalui al-Quran, ajaran dan amalan Nabi terdahulu yang diabadikan dalam kitab Allah. Kehidupan kita sebagai penuntut ilmu merupakan satu fasa penting perjalanan kehidupan. Cabaran sebagai seorang pelajar kadangkala melampaui kemampuan seseorang untuk menghadapinya. Justeru, bekalan kekuatan dalaman yakni doa ini haruslah kita amalkan pada setiap masa bukan ketika ditimpa kesulitan sahaja..Jadi, ayuh, aktifkan diri kita dengan berdoa.. :)



Wassalam..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOME