CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

ORGANISASI RAKAN SURAU SESI 2011/2012

PENAUNG :
DR MOHAMMAD AZIZ SHAH BIN MOHAMED ARIP
(PENGETUA KOLEJ HARUN AMINURRASHID )

PENASIHAT :
USTAZ ROSLIZA @ ROSLI BIN MAHMUD
( PENGARAH PUSAT ISLAM UPSI )
DR MAKMUR BIN HARUN
( FELO/PENASIHAT )

PEMANTAU :
HUSAIRI BIN HANAFI
EMY NAZIRA BINTI EMBONG

PENGERUSI :
HAFIZALULLAH BIN ALIAS

TIMBALAN PENGERUSI 1 :
HENG TIGER

TIMBALAN PENGERUSI 2 :
SITI HAFSAH BINTI HAJI MOHTAR

SETIAUSAHA :
NUR HAKEMAH BINTI HASSAN

TIMBALAN SETIAUSAHA :
NURUL IDAYU BINTI MAT NOR

BENDAHARI :
SITI NORAINI BINTI SUKERNA

TIMBALAN BENDAHARI :
HASNOR BINTI IZZATIE

LAJNAH DAKWAH DAN PENERANGAN ( LDP )
RAIS : MOHD AHZAM BIN CHE MAT
RAISSAH : NORMA BINTI SUDIRMAN

LAJNAH 3K
RAIS : MOHD FARHAN BIN ABD LATIB
RAISSAH : NUR HANIS BINTI SAMSUDIN

LAJNAH EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN ( LE )
RAISSAH 1 : HUDA BINTI YUSOF
RAISSAH 2 : AMNAH BINTI ABDUL HAMID

LAJNAH TARBIAH ROHANIAH ( LTR )
RAIS :MOHAMMAD HALIMI BIN ABDUL HADI
RAISSAH : NUR AQILAH BINTI MOHAMAD NASIR

LAJNAH TARBIAH JASADIAH ( LTJ )
RAIS : SYED AHMAD WAJEEH BIN SYED SYEIKH
RAISSAH : SITI THALATHIAH BINTI CHE PA

LAJNAH HELWA
RAISAH 1 : NORIDAYU BINTI MOHAMED
RAISSAH 2 : SITI NAILAH FARAFISHAH BINTI ABDUL

LAJNAH PENERBITAN DAN INFORMASI ( LPI )
RAIS : AHMAD GADDAFIE BIN SABRIL AMAN
RAISSAH : SITI HAJAR BINTI ALIYAIS

LAJNAH PENGURUSAN SURAU
RAIS : NUR AFIFI BIN MOHAMAD MAHMOD
RAISSAH : HANNAN HANINA BINTI MOHAMAD

Wednesday, March 23, 2011

rahsia di sebalik tsunami di Jepun..

Saya memperolehi artikel ini melaluii carian google. Artikel ini membuka minda saya berkenaan rahsia disebalik kisah Tsunami di Jepun 11 Mac 2011. Semoga artikel ini mampu memberi keinsafan kepada diri kita semua.

1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijrah atau 6/4/1432.

2. So dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapannya juzuk ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Juzuk 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah Al-Hijr menyatakan
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Sendai pada kedudukan geografi bagi (Jepun : latitiude 36, longtitude 138)

Jadi dalam 1432, 14 dah di ketahui dalam juzuk Al Quran. Maka yang di pecahkan 14 || 32 jadi di pecahkan lagi 3|2, jadi sekarang rahsia nombor adalah 3.
Di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21

Jadi 2+1 = 3

Proved * yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara Jepun.

Dan di dalam Jepun juga terdapat banyak wilayah. Maka wilayah apakah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Sendai pada kedudukan geografi latitiude 38'15 dan longtitude 140'53

Maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

Jadi 3+0 = 3.

*Proved wilayah yang Tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Sendai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

Masa yang di laporkan oleh Jabatan Meteorologi Rusia, gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.

Ambil 1+4+4+6 =15

Jadi 1+5 = 6

*Proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. Jadi angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat betapa benarnya ayat Al-Quran. Segala yang di nyatakan tetap akan berlaku. Walaupun sudah berabad kitab Al-Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun, Al-Quran tetap relevan bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. Namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran dan segala yang di ungkapkan di dalamnya.

Wallahualam

kredit kepada :
http://www.azizullemin.com

sejadah dan freemason..

Sejadah. Ye sejadah yang kita gunakan setiap hari untuk mengalas tempat kita bersembahyang. Di sini saya hanya mahu berkongsi gambar sejadah yang mempunyai unsur-unsur Masonic yang telah dikongsikan oleh seorang sahabat dan informer saya, Muzamil.

Berdasarkan dari gambar Master Carpet Freemason di atas, kita boleh ambil ciri-cirinya iaitu:

1. Lantai petak (Checkered Floor)
2. Bintang dan Bulan
3. 2 tiang yang juga dikenali sebagai Joachim dan Boaz

Perhatikan sejadah di atas, ia juga mempunyai 3 ciri yang saya nyatakan iaitu bintang dan bulan, lantai berpetak (checkered floor) dan 2 tiang.
GAOTU (Great Architect Of The Universe), All Seeing Eye dan tiang Joachim Boaz

Jika kita perhatikan sejadah di atas secara betul-betul dan teliti kita akan perasan 2 tiang iaitu tiang Joachim dan Boaz, All Seeing Eye dan GAOTU yang tergantung di antara 2 tiang. All Seeing eye anda boleh jumpa di tengah antara 2 tiang.


Perhatikan GAOTU yang tergantung di logde Freemason di atas. Ada persamaan dengan gambar yang tergantung di sejadah di atas. Dan jika anda zoom kan gambar di logde Freemason tersebut, anda akan jumpa lambang bulan dan bintang di sisi jangka lukis. Ini membuktikan bahawa Masons menggunakan lambang ini sebagai salah satu lambang mereka dan lambang ini bukanlah lambang agama Islam yang suci ini.

Di sini saya tolong zoom kan gambar-gambar tersebut. Perhatikan lambang Bulan dan Bintang yang jelas kelihatan di sisi jangka lukis dan bandingkan GAOTU yang tergantung di sejadah dan di lodge.


Inilah perancangan jahat Yahudi dan Nasrani yang ramai antara kita tidak perasan dan sedar. Walaupun dengan perkara sekecil ini, mereka tetap menjalankan rancangan jahat mereka. Diharap kita semua lebih berhati-hati dan peka selepas ini dalam kehidupan seharian.


Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).
Al-Baqarah 109

kredir kepada :
http://errorsform.blogspot.com

hati-hati wahai wanita...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pihak gereja merancang sesuatu supaya umat Islam terus tersesat. Mereka merancang pelbagai cara supaya umat Islam murtad. Mereka telah berjaya menarik ramai gadis Melayu masuk Kristian. Ini la salah satu sebab kita tidak berdoa atas kesejahteraan saudara kita.

Cara-cara :

1.. MEMIKAT

Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan Kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka Kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis Melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama.

Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, sama ada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembutan tingkah laku anak-anak gadis kita ini.

Antara ungkapan yang sering digunakan adalah..
“Adakah semua anak-anak gadis Melayu begitu ayu dan sopan?”, “Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak”, “Saya tertarik dengan tingkah laku awak”. “Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi”

Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka Kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

2..PERANGKAP

Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu “gentleman” sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persahabatan mereka, cubaan “ringan-ringan” pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibu bapa.

Setelah kian lama bersama serta mendapati si gadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan “langkah sebenarnya”, yang pertama.. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis ternoda. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

3..DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena apabila si gadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, si jejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawab di atas perbuatan mereka seraya berkata..

“Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama”

Seterusnya kata si jejaka..

“Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara.. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak di luar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya”

Kata si jejaka lagi..

“Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan dihadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini pilihan terbaik buat kita”

Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

4..MURTAD

Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis Melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) di pejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

5..DOA
Doa adalah senjata para Mukmin. Setelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana. SEBARKAN!!

Sumber:

http://www.ibnuhasyim.com

PEREMPUAN KAN LEMAH.SIAPA SURUH BIARKAN ANAK GADIS MELAYU BERKAWAN DENGAN JEJAKA KRISTIAN.HOLY WATER KE? APABILA KITA PERGI RUMAH ORANG KRISTIAN.MEREKA AKAN JAMU KAN MINUMAN DAN MAKANAN.

kredit kepada :

http://www.ali-alridha.com

Wednesday, March 16, 2011

Aktifkan dirimu dengan berdoa


Bismillahi Wal Hamdulillah..
Salam pertemuan ukhwahfillah buat semua pembaca sekalian..Moga kita sentiasa terus diberi nikmat kesihatan untuk menjalani kehidupan dan menjalankan amanah yang digalasi sebagai seorang hamba di muka bumiNya. Semoga kita semua berada di bawah taufik dan inayahNya sentiasa hendaknya, insyaAllah..buat renungan bersama, marilah kita sama-sama mengisi rohani kita dengan sedikit santapan ilmu ini..

Aktikan Dirimu Dengan Berdoa
Kita berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita zahirkan mahupun apa yang kita sembunyikan. Jadi perlu apa lagi kita berdoa?

Berdoa sebenarnya adalah satu tugas pengabdian. Dengan berdoa kita mengakui kelemahan, kehinaan dan kejahilan dan lain-lain sifat kehambaan kita di sisiNya. Doa adalah bukti sifat kehambaan kita di hadapan Allah S.W.T. Sebagai hamba, kita memerlukan Allah lebih dari segala-galanya dalam hidup ini. Dan sebagai hamba kita wajib memuliakan Allah setiap masa.

Dan Allah berfirman yang bermaksud: 'Berdoalah kepadaKu nescaya akan Aku perkenankan begimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina (surah Ghafir 40:60).

Doa adalah cara hidup yang menjadi tradisi orang soleh. Bermula dari bangun tidur, membersihkan diri, masuk tandas, keluar tandas, memakai baju, menaiki kenderaan, melihat pemandangan, bersin, menguap hinggalah tidur semula. Itulah uniknya islam. Ajaran islam begitu kaya dengan doa. Allah mendidik kita untuk sentiasa berdoa kepadaNya. Malah Allah mengajar manusia tentang doa yang bagaimana seharusnya diajukan menerusi ayat-ayat Al-Quran. Para Rasul, Nabi juga mendidik umatnya dengan doa. Tradisi itu diteruskan oleh sahabat, tabiin, tabi’ tabiin dan generasi salafusoleh.

Mengapa Doa Penting????

1. Mengekalkan hubungan dengan Allah setiap masa
Manusia memerlukan Allah lebih daripada segala keperluan lain. Tanpa Allah dalam hatinya manusia umpama ikan yang ketiadaan air. Jiwanya akan mati. Manusia akan hilang ketenangan, kebahagiaan dan keharmonian walaupun dia memiliki segalanya. Tanpa hubungan dengan Allah yang berkekalan, manusia umpama layang-layang putus tali. Doa juga adalah sebenarnya zikir, yakni interaksi dan komunikasi kita kepada Ilahi dengan cara yang paling harmoni.

Firman Allah yang bermaksud “yakni mereka yang beriman dan hati mereka yang mejadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang" (surah al-Ra’d 13:28). Orang yang sering berdoa tidak akan dilanda stress yang melampau dan kemurungan dalam hidup. Hal ini kerana talian hayatnya sentiasa bersambung dengan Allah, apatah lagi ketika dia memerlukan pertolongan.

2. Keupayaan melakukan perubahan ke arah kebaikan secara berterusan.
Manusia perlu sentiasa berubah, daripada kurang baik kepada yang lebih baik. Daripada baik kepada yang lebih baik (cemerlang). Hidup orang yang berjaya sentiasa lebih baik daripada sebelumnya. Sama ada kebaikan itu berkait dengan Allah mahupun yang berkait dengan manusia. Doa itu harapan. Doa adalah satu kunci menggamit pertolongan Allah untuk melaksanakan perubahan diri yang dimaksudkan. Manakala usaha adalah langkah untuk merealisasikan harapan itu. Dengan berdoa kita melaksanakan sebaik tadbir. Apabila bergabung tadbir dan takdir yang baik, InsyaAllah kita akan berubah ke arah yang lebih baik.

3. Didampingi oleh malaikat dan menghalau syaitan.
Dalam mengharungi kehidupan ini, sentiasa ada makhluk lain yang mengiringi dan mendampingi kita. Syaitan sentiasa menghasut dengan menimbulkan keraguan, katakutan, kerakusan dan lain lain rasa yang negatif dalam hati kita. Inilah punca kejahatan, kegelisahan dan kegagalan dalam kehidupan seseorang. Jadi hanya dengan mengingati Allah menerusi doa, kita mampu menghalau syaitan yang sentiasa ingin mendampingi kita, Juga jika kita berdoa, malaikat akan mendampingi kita dan akan memberi saranan dan input yang baik-baik ke dalam hati kita. Kesannya manusia yang sentiasa didampingi malaika t akan lebih terkawal kata-kata, pertimbangan, keputusan dan tindakan dalam hidupnya. Oleh sebab itu berdoalah, insyaAllah malaikat akan hampir, syaitan pula akan meminggir.

4. Mengaktifkan diri untuk berusaha.
Doa adalah langkah pertama dan utama ke arah suatu tindakan. Dengan berdoa, kita sebenarnya telah mengaktifkan minda dan jiwa kita untuk bertindak. Malah dengan berdoa umpama menyalakan satu jana kuasa dalam diri yang akan menghasilkan tenaga kuat untuk meledakkan keyakinan. Ada saintis yang menyatakan doa adalah sejenis tenaga. Iaitu sejenis tenaga yang dihasilkan dalam diri seseorang hasil berhubung dengan Yang Maha Kuasa. Inilah hikmah mengapa Allah menyuruh kita berdoa. Kita bukan sahaja mendapat kekuatan daripada Allah malah akan mendapat kekuatan daripada tenaga dalam diri yang telah dikurniakan oleh Allah secara tabiin.

5. Membentang masalah dengan jelas dan tuntas.
Doa adalah langkah pertama untuk menyelesaikan sebarang masalah. Doa secara tidak langsung adalah cara kita membentangkan masalah kita untuk diselesaikan. Malangnya ramai orang yang hanya resah gelisah tidak tentu arah apabila ditimpa masalah. Mereka hilang arah atau tidak tahu pun apa masalah mereka yang sebenar. Doa menolong kita menukarkan masalah ke dalam bentuk perkataan. Dengan berdoa masalah yang asalnya kabur dan samar akan menjadi jelas dan terang. Doa adalah seperti menulis masalah kita di atas kertas. Dengan berdoa seolah-olah kita “berkata-kata” dengan Allah. Justeru, semasa kita memohon, merayu, mengadu dan meluahkan segala-galanya kepada Allah, kata-kata kita semasa itu seperti membentangkan masalah kita ke hadapanNya. Ini akan memberi kelegaan, malah masalah itu sudah menjadi separuh selesai.
Sumber: Lestari ilmu

*Begitulah beruntungnya menjadi umat Islam kerana terdapat pelbagai kepentingan yang kita peroleh dengan hanya berdoa. Islam menyajikan pelbagai doa yang diajar melalui al-Quran, ajaran dan amalan Nabi terdahulu yang diabadikan dalam kitab Allah. Kehidupan kita sebagai penuntut ilmu merupakan satu fasa penting perjalanan kehidupan. Cabaran sebagai seorang pelajar kadangkala melampaui kemampuan seseorang untuk menghadapinya. Justeru, bekalan kekuatan dalaman yakni doa ini haruslah kita amalkan pada setiap masa bukan ketika ditimpa kesulitan sahaja..Jadi, ayuh, aktifkan diri kita dengan berdoa.. :)



Wassalam..

Monday, March 14, 2011

KEM HIJRAH MAHASISWA (HIJRI)


ASSALAMUALAIKUM BUAT SEMUA WARGA KHAR TERCINTA....

UNTUK MAKLUMAN SEMUA, PADA 25-27 MAC 2011 AKAN DIADAKAN KEM HIJRAH MAHASISWA [HIJRI] BERTEMPAT DI PASIR PUTEH RESORT KALUMPANG, HULU SELANGOR...


(DAHULUNYA KEM INI DIKENALI SEBAGAI KERIS)


PELBAGAI AKTIVITI MENARIK AKAN DIADAKAN SEPERTI:
-AKTIVITI OUTDOOR (RIVER CROSSING, JUNGLE TRACKING)
-TADABBUR ALAM
-TEAM BUILDING
-KEFAHAMAN MENGENAI ISLAM


TERBUKA BUAT SEMUA WARGA KOLEJ HARUN AMINURRASHID SAHAJA.
TEMPAT ADALAH TERHAD.
BORANG BOLEH DIDAPATI DI BILIK JMK.



SEBARANG MAKLUMAN BOLEH MENGHUBUNGI:

YUSOF: 013-3130947
HIDAYANI:012-6173684

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOME