CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

ORGANISASI RAKAN SURAU SESI 2011/2012

PENAUNG :
DR MOHAMMAD AZIZ SHAH BIN MOHAMED ARIP
(PENGETUA KOLEJ HARUN AMINURRASHID )

PENASIHAT :
USTAZ ROSLIZA @ ROSLI BIN MAHMUD
( PENGARAH PUSAT ISLAM UPSI )
DR MAKMUR BIN HARUN
( FELO/PENASIHAT )

PEMANTAU :
HUSAIRI BIN HANAFI
EMY NAZIRA BINTI EMBONG

PENGERUSI :
HAFIZALULLAH BIN ALIAS

TIMBALAN PENGERUSI 1 :
HENG TIGER

TIMBALAN PENGERUSI 2 :
SITI HAFSAH BINTI HAJI MOHTAR

SETIAUSAHA :
NUR HAKEMAH BINTI HASSAN

TIMBALAN SETIAUSAHA :
NURUL IDAYU BINTI MAT NOR

BENDAHARI :
SITI NORAINI BINTI SUKERNA

TIMBALAN BENDAHARI :
HASNOR BINTI IZZATIE

LAJNAH DAKWAH DAN PENERANGAN ( LDP )
RAIS : MOHD AHZAM BIN CHE MAT
RAISSAH : NORMA BINTI SUDIRMAN

LAJNAH 3K
RAIS : MOHD FARHAN BIN ABD LATIB
RAISSAH : NUR HANIS BINTI SAMSUDIN

LAJNAH EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN ( LE )
RAISSAH 1 : HUDA BINTI YUSOF
RAISSAH 2 : AMNAH BINTI ABDUL HAMID

LAJNAH TARBIAH ROHANIAH ( LTR )
RAIS :MOHAMMAD HALIMI BIN ABDUL HADI
RAISSAH : NUR AQILAH BINTI MOHAMAD NASIR

LAJNAH TARBIAH JASADIAH ( LTJ )
RAIS : SYED AHMAD WAJEEH BIN SYED SYEIKH
RAISSAH : SITI THALATHIAH BINTI CHE PA

LAJNAH HELWA
RAISAH 1 : NORIDAYU BINTI MOHAMED
RAISSAH 2 : SITI NAILAH FARAFISHAH BINTI ABDUL

LAJNAH PENERBITAN DAN INFORMASI ( LPI )
RAIS : AHMAD GADDAFIE BIN SABRIL AMAN
RAISSAH : SITI HAJAR BINTI ALIYAIS

LAJNAH PENGURUSAN SURAU
RAIS : NUR AFIFI BIN MOHAMAD MAHMOD
RAISSAH : HANNAN HANINA BINTI MOHAMAD

Saturday, October 22, 2011

jangan jadi anak SYAITAN!

*** Peringatan Bersama untuk duhai anak-anak***

         Simpanlah baik-baik tazkirah ini dan sebarkan pada rakan rakan anda sebagai
peringatan kita setiap hari di mana syaitan-syaitan laknatullah ini mengganggu
hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka .Sampaikan
kepada sekelian muslimin/muslimat 
yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat,
InsyaAllah . 
 
Saidina Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan: 
 
1. Zalituun 
              Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya
manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. 
 
2. Wathiin       
        Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah. 
 
3. A'awan 
              Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan
kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar
nasihat para ulama. 
 
4. Haffaf 
              Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yang ada minuman keras). 
 
5. Murrah 
              Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa
kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour. 
 
6. Masuud 
              Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa
sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut. 
 
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) 
      
        Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan
rumah tangga lagi). 
 
8. Walahaan 
              Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat
dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain. 
 
9. Lakhuus 
              Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari. 
 

Wallahu A'lam.

Wednesday, October 12, 2011

AL-KISAH SOLAT JEMAAH


Ceritanya daripada Ubaidillah bin Umar al-Qowariri ra bahawa suatu malam beliau didatangi seorang tetamu hingga menyebabkan beliau tidak dapat berjamaah sembahyang Isyak sedangkan beliau itu tidak pernah sekali meninggalkan jamaah isyaknya.Oleh hal yang demikian, beliau keluar ke Basrah mencari-cari mana-mana masjid boleh tumpang berjamaah. Tetapi malang baginya semua orang sudah sembahyang dan masjid-masjid pula sudah dikunci. Lantas beliau pulang ke rumah menunaikan sembahyang Isyak 27 kali kerana mengingatkan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan bahawa sembahyang jemaah itu pahalanya 27 kali ganda.Selepas sembahyang itu beliaupun tidur, dalam pada itu beliau dimimpikan oleh Allah yang beliau itu bersama suatu kaum sedang menunggang kuda dan mereka pula berlumba-lumba. Beliau sendiri memacu kudanya selaju mungkin, tetapi tidak dapat menyamai dan bersama kumpulan tersebut. Salah seorang dari kumpulan tersebut berkata kepadanya bahawa walau bagaimanapun lajunya tetap tidak dapat menyertai kumpulan tersebut kerana beliau sembahyang isyak sendirian sahaja.Dengan kejadian tersebut beliau sangat dukacita kerana apa yang dilakukannya itu (27 kali sembahyang) tidaklah sama dengan sembahyang berjamaah yang dijanjikan 27 kali ganda yang difahaminya sebelum ini, menurut sebuah hadis.Kisah yang ringkas ini meniadai tauladan dan pengajaran yang besar kepada kita terutamanya bagi kaum muslimin bahawa sembahyang jamaah tidak boleh diabaikan sama sekali terutama di masjid.

Suatu kisah yang sangat menarik mengenai sembahyang jemaah ini telah dirakamkan di dalam sebuah kitab yang bernama KITABUL KHAIR yang menerangkan bagaimana ruginya seseorang yang meninggalkan jamaah dalam sembahyangnya.

Allahua'lam...

Sunday, October 09, 2011

cara membezakan daging babi dan daging lembu...

Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.


1. Dari segi warna

Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.

2. Dari segi serat daging

Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama.


kredit: http://www.NurulAmir.com/

Saturday, October 08, 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: 'Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda;

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu." - [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Ya, segalanya bermula dengan niat.

Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara, semuanya dinilai oleh Allah berdasarkan apa yang terbit dari hati.

Adalah sesuatu yang amat merugikan apabila sesuatu ibadah yang dilakukan, tetapi tidak di terima Sang Pencipta hanya dek kerana hati tidak ditujukan tulus ikhlas kerana-Nya.

Apabila berbicara mengenai 'ikhlas'... Ya Allah, ia adalah sesuatu yang amat sukar. Namun, ia perlu dilatih.

Friday, October 07, 2011

manusia dan dunia...

  • ✿~ Manusia itulah pengarah dan pelakonnya,
  • ✿~ Al-Quran dan As-Sunnah itulah skripnya,
  • ✿~ Malaikat itulah jurugambarnya,
  • ✿~ Islam itu jalan ceritanya,
  • ✿~ Kiamat itulah kesudahan pengambarannya,
  • ✿~ Padang masyhar tempat penganugerahannya,
  • ✿~ Rasulullah S.A.W adalah penerima anugerah terbaiknya,
  • ✿~ ALLAH S.W.T adalah hakimnya,
  • ✿~ Syurga atau Neraka adalah trofinya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOME