Berikut ini dikongsikan kepada anda tentang ADAB MINUM mengikut cara sunnah sepertimana yang diajarkan oleh Nabi SAW.
Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
*Bacalah "Bismillah" sebelum minum.
*Minum air dengan tiga nafas.
*Minum dalam keadaan duduk.
*Semasa meneguk air, jangan bernafas ke dalam bekas air. Setiap kali berhenti minum, arahkan pernafasan ke tempat lain.
*Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah.
*Jika tidak ada tempat untuk duduk, adalah diharuskan minum sambil berdiri.
*Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain (terutamanya alim ulama) bagi mendapat berkat.
*Ada petua menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam yang alim lagi warak, boleh mengubati sesuatu penyakit.
*Tidak digalakkan untuk terus minum selepas dari mengerjakan kerja-kerja berat.
Sekian, semoga kita semua dapat amal adab minum cara sunnah ini.
0 comments:
Post a Comment