CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

ORGANISASI RAKAN SURAU SESI 2011/2012

PENAUNG :
DR MOHAMMAD AZIZ SHAH BIN MOHAMED ARIP
(PENGETUA KOLEJ HARUN AMINURRASHID )

PENASIHAT :
USTAZ ROSLIZA @ ROSLI BIN MAHMUD
( PENGARAH PUSAT ISLAM UPSI )
DR MAKMUR BIN HARUN
( FELO/PENASIHAT )

PEMANTAU :
HUSAIRI BIN HANAFI
EMY NAZIRA BINTI EMBONG

PENGERUSI :
HAFIZALULLAH BIN ALIAS

TIMBALAN PENGERUSI 1 :
HENG TIGER

TIMBALAN PENGERUSI 2 :
SITI HAFSAH BINTI HAJI MOHTAR

SETIAUSAHA :
NUR HAKEMAH BINTI HASSAN

TIMBALAN SETIAUSAHA :
NURUL IDAYU BINTI MAT NOR

BENDAHARI :
SITI NORAINI BINTI SUKERNA

TIMBALAN BENDAHARI :
HASNOR BINTI IZZATIE

LAJNAH DAKWAH DAN PENERANGAN ( LDP )
RAIS : MOHD AHZAM BIN CHE MAT
RAISSAH : NORMA BINTI SUDIRMAN

LAJNAH 3K
RAIS : MOHD FARHAN BIN ABD LATIB
RAISSAH : NUR HANIS BINTI SAMSUDIN

LAJNAH EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN ( LE )
RAISSAH 1 : HUDA BINTI YUSOF
RAISSAH 2 : AMNAH BINTI ABDUL HAMID

LAJNAH TARBIAH ROHANIAH ( LTR )
RAIS :MOHAMMAD HALIMI BIN ABDUL HADI
RAISSAH : NUR AQILAH BINTI MOHAMAD NASIR

LAJNAH TARBIAH JASADIAH ( LTJ )
RAIS : SYED AHMAD WAJEEH BIN SYED SYEIKH
RAISSAH : SITI THALATHIAH BINTI CHE PA

LAJNAH HELWA
RAISAH 1 : NORIDAYU BINTI MOHAMED
RAISSAH 2 : SITI NAILAH FARAFISHAH BINTI ABDUL

LAJNAH PENERBITAN DAN INFORMASI ( LPI )
RAIS : AHMAD GADDAFIE BIN SABRIL AMAN
RAISSAH : SITI HAJAR BINTI ALIYAIS

LAJNAH PENGURUSAN SURAU
RAIS : NUR AFIFI BIN MOHAMAD MAHMOD
RAISSAH : HANNAN HANINA BINTI MOHAMAD

Tuesday, November 03, 2009

SOLAT JAMAAH...


solat-jamaah.jpg (400×258)
SOLAT berjemaah bermaksud solat dilakukan lebih daripada seorang atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Ringkasnya, solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum.

Solat berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Shafie, hukumnya ialah
fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muakad, iaitu sunat yang sangat dituntut dalam Islam.

Antara solat biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, Hari Raya, Tarawih dan Witir. Tetapi bagi Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah. Sebelum membincangkan soal kelebihan dan keistimewaan solat secara berjemaah ini adalah wajar ditinjau mengenai konsep solat secara berjemaah itu.

Pada dasarnya solat berjemaah disyariatkan adalah untuk menyatu dan mempereratkan hubungan sesama umat Islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan puak, terutama dalam melakukan ibadah kepada Allah.


Solat secara berjemaah walau di mana saja adalah dilakukan oleh kumpulan sesama Muslim. Perlakuan itu diketuai oleh seorang imam. Tegasnya, imam itu berperanan sebagai pemimpin dan bertanggungjawab terhadap makmumnya dalam solat secara berjemaah. Makmum pula wajib mengikut imam dengan tertib.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu, apabila dia bertakbir, takbirlah. Apabila dia sujud, sujudlah. Juga apabila dia bangun, bangunlah. Akhirnya apabila dia solat dalam keadaan duduk, solatlah dalam keadaan duduk." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Perlakuan antara imam dan makmum dalam solat berjemaah itu jelas menunjukkan satu keadaan bersatu hati dalam peribadatan. Di samping itu, mereka juga berpeluang untuk kenal mengenali antara satu sama lain melalui amalan bersalaman selepas solat.

Dalam perkataan lain, solat berjemaah adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan persaudaraan sesama Muslim. Keadaan ini secara tidak langsung menggambarkan umat Islam sama-sama berganding bahu mengangkat darjat, kemuliaan, kebenaran dan kesucian agama Allah.

Melalui solat secara berjemaah, makmum berkesempatan untuk bermuzakarah dengan imam bagi tujuan menambah pengetahuan dari segi ilmu agama. Perkara ini adalah satu keistimewaan.

Umpamanya apabila terjadi kemusykilan mengenai ketentuan saf dan kedudukan di antara makmum dan imam dalam solat berjemaah, secara mudah ia dapat diselesaikan. Meskipun perkara ini nampak ringan dan mudah tetapi kesempurnaan pelaksanaan amat dituntut.

Perkara ini ditegaskan dalam beberapa hadis Rasulullah bermaksud, "Luruskanlah saf-saf kamu kerana sesungguhnya meluruskan saf itu sebahagian daripada kesempurnaan solat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Selain itu, jika ada di antara makmum yang secara ikhlas ingin mendalami ilmu berkaitan ibadat khususnya, kesempatan selepas solat secara berjemaah inilah masa yang paling sesuai untuk mengajukan beberapa pertanyaan kepada imam.

Umpamanya, mengenai tertib pergerakan imam dan makmum yang sepatutnya dalam solat secara berjemaah. Sifat ingin tahu seperti tersebut amatlah digalakkan. Ia sebagai cara mempertingkat segala kekurangan dan kelemahan dalam ibadat iaitu dengan tujuan supaya dapat mengelakkan dari timbulnya kekeliruan yang membawa ketidaksempurnaan sesuatu ibadat.

Perlakuan antara imam dan makmum yang betul dan tertib amat dituntut. Ia juga antara ciri keistimewaan solat secara berjemaah. Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah ra katanya: Rasulullah pernah mengadu sakit, lalu sahabat mendapatkan baginda seterusnya membawa pulang. Baginda mendirikan solat dalam keadaan duduk, sebaliknya sahabat mengikutinya dalam keadaan berdiri.

Baginda kemudiannya mengisyaratkan agar sahabat duduk. Selepas selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu apabila dia rukuk, rukuklah. Apabila dia bangkit daripada rukuk, bangkit dan apabila dia solat duduk, maka solatlah juga dalam keadaan duduk. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya: Nabi Muhammad bersabda: Adakah orang (makmum) yang mengangkat kepalanya sebelum imam tidak takut kepalanya akan diganti oleh Allah dengan kepala keldai? (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

solat-jamaah-300x295.jpg (300×295)


Nabi s.a.w dalam hadis menyebut ciri-ciri imam solat:

“Hendaklah yang menjadi imam bagi sesuatu kaum (jamaah) itu sesiapa yang paling baik dalam kalangan mereka bacaan kitab Allah (bacaan al-Qurannya). Jika mereka itu sama dalam bacaan, maka (pilih) yang paling mengetahui sunnah. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling awal hijrahnya. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling banyak usianya” (Riwayat Muslim).

  • BACAAN DALAM SOLAT DIPERKUATKAN KETIKA SOLAT ( MAGHRIB DAN ISYA') AGAR MAKMUM DAPAT MENDENGARI SUARA ANDA TERUTAMA DI BAHAGIAN MUSLIMAH.

3 comments:

Syahir Mohamad said...

Salam..
saya kurang setuju permasalah antara kita dipost dalam bolg ni.. kenapa tak bincang dgm rakan surau. kan kita boleh bincang. Mybe ada beberapa perkara menjadi penyebab. Dan satu lagi, kalau ada makmun solat lagi, imam menguatkan suara utk doa dan wirit. Bukan kan, Dalam hadith ada sebut, kalau org solat fardu, kita kena hormat dia. Bahkan yang baca Quran kena slowkan suara. Just satu perkongsian sahaja. kalau ada silap sama2 kita baiki. wassalam

As-SabiQun said...

ana stuju dgn apa yg ckgu syahir cakap tu.. mmg btl bile ada makmun yang solat, jemaah msti prlahankn suara utk wirit.

Dlu ana pernah pergi kt Multimedia Universiti(MMU), kt sana rmai pnsyrah & stdnt dr asia barat..lps solat mrka x wirit & brdoa sbb takut ggu org tgh solat. mgkn hal ni blh dibincg lg dlm msyuarat rakan surau akan dtg.Insya Allah.

mgkn itu satu prkgsian sahaja.. hrp yg salah & silap tu ditegur..barakallahuminkum

ukashah said...

sekiranya hendak dibahaskan begitu panjang. tp di mudahkan cerita..jangan bergaduh perkara khilaf..diluar sana masih ramai yang memerlukan islam.berpeganglah dengan ape yang antum antuna belajo.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOME