Assalamualaikum. Bersyukur kepada Allah SWT kerana kita dinipiskan hati oleh Allah sehingga menampakkan cahaya hidayah dan menjadi seorang Islam yang soleh. Segala puji bagi Allah, tuhan yang memiliki segala sifat kamalat yakni sifat kebaikan yang tidak terhitung banyaknya dan Maha suci Allah dari sifat naqois yakni sifat keji yang tidak terhitung banyaknya.. Tanpa izin Allah tiada upaya bagi diri ini untuk menghindari maksiat dan tanpa izin Allah juga nescaya tiada kekuatan bagi diri ini untuk berbuat amal soleh. Sesungguhnya milik mutlak Allah segala sesuatu..
Ana bukanlah seorang yang layak untuk mentadbir walaupun sebuah surau sekalipun. Tetapi kerana amanah yang diberikan oleh rakan surau terutamanya Saudara Ukashah, ana terpaksa menerima amanah ini walaupun dengan hati yang berat. Ana pertama sekali memohon maaf berbanyak-banyak atas segala kekurangan yang berlaku ke atas rakan surau kerana ana sendiri pun sedang belajar. Tidak dilupakan terima kasih banyak-banyak kepada Timbalan Pengerusi surau Kak Afifah yang banyak membantu dalam isu surau ini dan ana juga berterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa surau yang banyak membantu ana.
Sememangnya surau kita agak lembab pada sem ini dari segi kuliah ini kerana kita menghadapi masalah yang ana rasa tidak perlu dibicarakan. Walau bagaimanapun ana melihat bahawa komitmen ahli qariah khar terhadap surau amatlah baik. Ini dibuktikan dengan ramainya jemaah yang hadir untuk solat jemaah
Akhir sekali ana mengucapkan berbanyak terima kasih sekali lagi kepada semua MT dan juga lajnah yang banyak mnggerakkan surau. Ana juga ingin memohon maaf atas segala salah silap ana selama ini.
Sekian wassalam.
Pengerusi
Rakan Surau Ar-Rashidin
Kolej Harun Aminurrashid
0 comments:
Post a Comment