CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

ORGANISASI RAKAN SURAU SESI 2011/2012

PENAUNG :
DR MOHAMMAD AZIZ SHAH BIN MOHAMED ARIP
(PENGETUA KOLEJ HARUN AMINURRASHID )

PENASIHAT :
USTAZ ROSLIZA @ ROSLI BIN MAHMUD
( PENGARAH PUSAT ISLAM UPSI )
DR MAKMUR BIN HARUN
( FELO/PENASIHAT )

PEMANTAU :
HUSAIRI BIN HANAFI
EMY NAZIRA BINTI EMBONG

PENGERUSI :
HAFIZALULLAH BIN ALIAS

TIMBALAN PENGERUSI 1 :
HENG TIGER

TIMBALAN PENGERUSI 2 :
SITI HAFSAH BINTI HAJI MOHTAR

SETIAUSAHA :
NUR HAKEMAH BINTI HASSAN

TIMBALAN SETIAUSAHA :
NURUL IDAYU BINTI MAT NOR

BENDAHARI :
SITI NORAINI BINTI SUKERNA

TIMBALAN BENDAHARI :
HASNOR BINTI IZZATIE

LAJNAH DAKWAH DAN PENERANGAN ( LDP )
RAIS : MOHD AHZAM BIN CHE MAT
RAISSAH : NORMA BINTI SUDIRMAN

LAJNAH 3K
RAIS : MOHD FARHAN BIN ABD LATIB
RAISSAH : NUR HANIS BINTI SAMSUDIN

LAJNAH EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN ( LE )
RAISSAH 1 : HUDA BINTI YUSOF
RAISSAH 2 : AMNAH BINTI ABDUL HAMID

LAJNAH TARBIAH ROHANIAH ( LTR )
RAIS :MOHAMMAD HALIMI BIN ABDUL HADI
RAISSAH : NUR AQILAH BINTI MOHAMAD NASIR

LAJNAH TARBIAH JASADIAH ( LTJ )
RAIS : SYED AHMAD WAJEEH BIN SYED SYEIKH
RAISSAH : SITI THALATHIAH BINTI CHE PA

LAJNAH HELWA
RAISAH 1 : NORIDAYU BINTI MOHAMED
RAISSAH 2 : SITI NAILAH FARAFISHAH BINTI ABDUL

LAJNAH PENERBITAN DAN INFORMASI ( LPI )
RAIS : AHMAD GADDAFIE BIN SABRIL AMAN
RAISSAH : SITI HAJAR BINTI ALIYAIS

LAJNAH PENGURUSAN SURAU
RAIS : NUR AFIFI BIN MOHAMAD MAHMOD
RAISSAH : HANNAN HANINA BINTI MOHAMAD

Friday, October 16, 2009

Belia Generasi Penggerak

Alangkah besarnya peranan belia dalam Islam, jika kita mengkaji sejarah Islam. Kebanyakan gerakan perubahan yang berlaku dalam sejarah umat, sebahagian besarnya melalui peranan belia, ianya berlaku bukan secara spontan, bahkan ia merupakan sunnah dan peristiwa yang berulang ulang.



Marilah kita sama sama merujuk kepada sejarah Islam..



Ketika wahyu diturunkan kepada Rasulullah saw…



Siapakah yang menjadi sasaran wahyu…?



Siapakah yang menanggung bebanan risalah Islam..?



Siapakah yang memikul tanggung jawab risalah Islam dengan amanah…?



Siapakah yang menjadi sadaran Rasulullah saw dalam merubah sistem hidup di Mekah…


Bahkan dalam perubahan sistem hidup umat manusia keseluruhannya…


Bukan pada zaman Rasulullah saw sahaja malah sehingga hari kiamat…?


Siapakah golongan di gelar ‘as sabiqun’ dalam sejarah Islam..?


Siapakah generasi terbaik di kalangan umat manusia?


Rasulullah saw menyifatkan dengan sabdanya yang bermaksud; “sebaik baik manusia adalah yang sezaman denganku, kemudian mereka yang hidup sezaman generasi sahabat dan kemudian mereka yang hidup sezaman dengan generasi tabien” hadis dari Abdullah bin Mas’ud ra diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.


Siapakah yang berhadapan dengan taghut di Mekah dan di semenanjung tanah arab..?



Siapakah yang menewaskan empayar Parsi dan Rom..?



Siapakah yang berjuang menentang aliran aliran memusuhi Islam dan menyengutukan Allah..?



Wahai Para belia!!!



Rujuklah sejarah…



Bacalah buku buku sejarah…



Kamu akan dapati contoh contoh dan qudwah kepada para belia…



Siapakah Zubair bin al A’wam ra?


Beliau digelar hawari Rasulullah saw dan Farisul Islam. Berapa umur beliau ketika memeluk Islam? Beliau berumur 15 tahun ketika memeluk Islam, sebaya dengan usia belia tingkatan 3!!!Adakah pelajar pelajar tingkatan 3 sekarang berfikir, bermimpi, bercita cita dan berusaha seperti Zubair bin al A’wam?



Siapakah Talhah bin Ubaidullah ra?


Di antara anggota asasi dalam Jamaah Islam yang baru lahir di kota Mekah, sebagai seorang tokoh daie, seorang pahalawan yang mahir, gagah dan kedepan dan seorang dermawan fi sabililLah, sehinggakan Rasulullah saw memberi kurniaan ‘Talhah Al Khair’. Beliau hanya berusia 16 tahun ketika ia memeluk Islam.



Adakah kamu kenal Saad bin Abi Waqas ra?


Seorang sahabat yang besar orang yang pertama darahnya mengalir kerana Islam, doanya mustajab. Satu satunya sahabat yang Rasulullah saw tebus dengan kedua ibubapanya, ketika mana Rasulullah saw berkata kepada Saad bin Abi Waqas dalam peperangan Uhud ‘irmi Saad fida’ka abi wa ummi’yang bermaksud Wahai Saad panah! Ganti kamu bapaku dan ibuku yang diriwayatkan oleh Imam at Tarmizi.Beliau berusia 17 tahun ketika memeluk Islam.



Adakah kamu kenal al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi ra?


Seorang sahabat yang menjadi sebutan semua umat Islam, kerana dia sanggup menjadikan rumahnya sebagai markaz dakwah selama 3 tahun. Dia dari kabilah bani Makhzumi, kabilah yang bersaing dengan bani Hasyim untuk memegang panji panglima perang. Rumahnya dijadikan markaz gerakan dakwah Islam yang dipimpin oleh Rasulullah saw dari bani Hasyim, apa akan berlaku kepadanya jika ia diketehui oleh pembesar-pembesar kabilah atau diketahui oleh kaum kerabatnya. Tentulah dia dituduh sebagai pengkhianat kerana bersubahat dengan kabilah seterunya. Jangan kita lupa bahawa Fir’aun umat, Abu Jahl dari kabilah bani Makhzumi adalah merupakan musuh nombor 1 dakwah Islam pimpinan Rasulullah saw. Semua halangan dan cabaran ini dapat diatasi oleh al Arqam bin Abi Arqam dan beliau sanggup mengambil segala risiko, dan sanggup berkorban demi kerana Islam. Dia hanya baru berusia 16 tahun.



Cuba bayang apakah belia yang seusia dengannya fikirkan, apa yang dimimpikan, mungkin nak jadi juara Akademi Fantasia, Gangstarz, One In a Milion dan sebagainya.



Kita ketika membaca kisah pahlawan pahlawan seperti Zubair bin al A’wam ra, Talhah bin Ubaidullah ra, Saad bin Abi Waqas ra, al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi ra dan ramai lagi seolah-olah kita membicarakan kisah pahlawan pahlawan agung. Memang mereka semua pahlawan pahlawan yang agung dalam usia belia. Mereka mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sejarah umat Islam dari segi aspek pengetahuan, kesungguhan, keimanan, akhlak dan amal. Sepatutnya belia hari ini bangga menjadi mereka sebagai qudwah, ikutan dan impian, lebih lebih lagi mereka adalah sahabat sahabat kepada junjungan besar Rasulullah saw yang merupakan generasi terbaik bagi umat Islam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOME