SYAWAL mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku pada bulan ini, seperti Perang Uhud, dan Ahzab (Khandak)
Perang uhud
Berlaku pertengahan Syawal 3 Hijrah. Tentera kafir Quraisy ingin membalas dendam kekalahan Perang Badar setahun sebelum itu.Pada peringkat pertama, tentera Islam mencapai kemenangan. Tetapi, akibat kumpulan pemanah melanggar perintah Rasulullah supaya tidak meninggalkan kedudukan masing-masing walau apa pun berlaku, tentera Islam akhirnya ditewaskan.Pasukan pemanah Islam melanggar perintah Rasulullah selepas yakin mencapai kemenangan dan ingin memungut harta rampasan perang yang ditinggal musuh.Khalid Ibnu Walid yang ketika itu belum memeluk Islam, mengambil peluang itu melakukan serangan mengejut sehingga berlakunya kekalutan.Hal ini ditambah dengan serangan saraf dengan tersebar kononnya Rasulullah wafat. Akhirnya, ada sahabat terpandang Rasulullah masih berjuang, lalu diamelaungkan keadaan sebenar sehingga membangkitkan semula semangat juang tentera Islam.Baginda bersama 30 tentera Islam menuju ke suatu teluk di Bukit Uhud untuk mengatur perancangan perang yang baru.Pada peringkat kedua ini, tentera Islam menerima ujian apabila 70 orang syahid, termasuk Saidina Hamzah Abdul Muttalib yang digelar As'adullah (Singa Allah).Pada peringkat ketiga, tentera Islam dapat bertahan apabila tentera kafir yang tidak berpuas hati kerana gagal membunuh Rasulullah, mengatur langkah menyerang Madinah.Bagaimanapun, mereka tidak meneruskan perancangan itu apabila mengetahui Rasulullah bersiap untuk menyerang balas .Kekalahan pada peringkat kedua ini berlaku akibat pelanggaran perintah nabi selaku pemimpin serta rasa terlalu seronok dengan harta rampasan perang sehingga kurangnya pertautan hati dengan Allah
Perang Ahzab
Berlaku mulai Syawal sehingga awal Zulkaedah 5 Hijrah.Peristiwa ini mudah diingati kerana setiap kali tiba hari raya, kita sentiasa laungkan Ahzab (Dan Dialah (Allah) yang memenangkan tentera-Nya serta mengalahkan tentera Ahzab).Perang Ahzab yang bererti tentera bersekutu, juga dikenali dengan nama Perang Khandak (parit) sempena saliran dibina tentera Islam sebagai kubu. Ia berlaku selepas Yahudi Bani Nadhir dihalau Rasulullah dari Madinah kerana cuba membunuh baginda. Tentera bersekutu kuffar seramai 10,000 orang yang tiba ke tempat peperangan terkejut apabila mendapati parit digali tentera Islam. Ia adalah pengalaman strategi berperang yang baru kepada mereka. entera Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang mampu bertahan.Pertempuran besar tidak berlaku dalam peperangan ini. Hanya enam tentera Islam syahid, manakala 10 Musyrikin dibunuh.Akhirnya, Allah mendatangkan kemenangan dengan ribut pasir, menyebabkan tentera musuh berundur. Berlaku juga kacau-bilau antara mereka apabila pengintip yang dihantar Rasulullah berjaya melonggarkan kepercayaan antara tentera Ahzab.
0 comments:
Post a Comment