Ukhuwah yang biasa diertikan sebagai ‘persaudaraan’, diambil daripada akar kata yang pada mulanya bererti ‘memerhatikan’. Makna asal ini memberi kesan bahawa persaudaraan mengharuskan adanya perhatian semua pihak yang merasa mereka bersaudara.
Maknanya, setiap orang Islam hendaklah menanamkan perasaan dalam diri masing-masing bahawa mereka antara satu sama lain adalah bersaudara.
Dalam satu hadis Nabi s.a.w mengenai ‘ukhuwwah fi din al-Islam’, iaitu persaudaraan antara sesama Islam bermaksud: “Kamu adalah sahabat-sahabatku, persaudaraan, saudara-saudara kita adalah yang datang sesudah (wafat)ku.”
Al-Quran ada menyebut bahawa sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara dan yang menjadikan mereka bersaudara ialah akidah keimanan. Keutuhan mereka tidak akan terpecah melainkan jika mereka murtad daripada Islam.
Ukhuwah Islamiah merupakan satu istilah yang sudah diterima di kalangan masyarakat iaitu suatu persaudaraan yang berdasarkan iman. Jadi istilah yang lebih tepat sebenarnya adalahukhuwah imaniyyah kerana di dalam aI-Quran, persaudaraan ini memang dikaitkan Iangsung dengan iman. Renungi maksud firman Allah s.w.t:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujuraat: 10)
0 comments:
Post a Comment