بسم ألله ألرحمن الرميم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang
Dalam kehangatan bulan Ramadan yang masih terasa ini, marilah kita merenung kembali amalan-amalan yang pernah kita lakukan pada bulan Ramadan. Kita terasa mudah untuk melakukan amal ibadat solat, solat terawih, kita mampu untukberjemaah di surau bersama-sama dan kita mampu untuk melakukan amalan-amalan yang lain dengan mudah. Kita menghitung diri kita, adakah madrasah Ramadan telah berjaya melatih diri kita untuk menjadi orang yang bertakwa kepada Allah. Sebagaimana firman Allah
“Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang yang terdahulu sebelum kamu dan mudah-mudahan kamu menjaddi orang yang bertaqwa”
Kita renungkan kembali, adakah kita masih lagi berjemaah, megimarahkan surau, bersedekah atau istiqamah melakukan amalan yang lain. Betapa Allah amat mengasihani hambanya dimana Allah memberikan ganjaran sebagaimana kita satu tahun berpuasa sekiranya kita berpuasa enam hari sepanjang bulan syawal. Nah! Apa lagi yang kita tunggu, ganjaran Allah sedang menanti kita. Saya igin membuat satu analogi. Anda telah menyertai satu pertandingan dan Nama kamu telah diistiharkan di dalam televisyen memenangi wang tunai RM100000, pakej perlancongan ke Australia, termasuk dengan penginapan dan makanan disediakan. Surat kemenagan itu telah dihantar ke rumah anda. Keyakinan anda dikuatkan lagi dengan panggilan dari ibu pejabat yang mengesahkan kemenangan anda itu. Persoalan saya, adakah kamu akan pergi ke tempat tersebut. Saya amat yakin kata akan pergi setelah yakin dengan bukti-bukti tersebut.
Wahai pembaca yang budiman, itu merupakan janji kita sesama manusia. Kenapa masih ada dalam kalangan kita yang tidak yakin dengan janji Allah. Sedangkan Allah telah berfirman, Allah akan memberikan ganjaran yang besar kepada hambanya yang melakukan kebaikan, Allah telah menyediakan syurga yang terbentang luas dimana hiasannya lebih hebat dari Australia, harganya lebih mahal dari RM100000, makannya lebih lazat dari apa yang terdapat di dunia dan pelayannya merupakan bidadari-bidadari yang cantik ciptaanya. Ini janji Allah kepada makluknya. Janji Allah kepada makluknya yang taat.
Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan pembaca yang budiman sekalian, marilah kita sama-sama menginsafi dan merenung diri kita sendiri, sejauh mana ibadat kita kepada Allah. Sama-sama kita menghitung apakah amalan kita diterima oleh Allah. Hisablah diri kita sebelum diri kita dihisab di hadapan Allah. Kita manusia makluk yang lemah, selalu melakukan kesilapan. Tetapi jangan disebabkan kesilapan semalam, ia menghalang kita dari melakukan kebaikan pada hari akan datang. Yang silap pulanglah ke pangkal jalan kerana pintu pengampunan Allah itu sangat luas. Sebagaimana diceritakan dalam satu hadis yang mengatakan bahawa Allah lebih sayangkan hambanya lebih dari ibu menyayangi anaknya. Di kesempatan bulan yang penuh rahmat ini, marilah kita sama-sama menadah tangan memohon keampunan daripada Allah pentadbir sekalian alam.
Sekian
Wassalam
Ukashah bin Md Zubi
0 comments:
Post a Comment