Apakah hukum lelaki memakai cincin emas putih, Platinum dan suasa?
Jawapan:
Lelaki mempunyai kedudukan tertentu dalam islam. Antaranya sebagai ketua dan pemimpin. Dengan sebab itu Islam memberi perhatian sepenuhnya untuk membentuk jati diri seorang lelaki.
Dalam berhias, Islam melarang lelaki daripada memakai perhiasan emas, tetapi mengharuskan perak. Dalam berpakaian Islam melarang memakai sutera bagi lelaki dan membenarkan bagi wanita.
Islam melarang lelaki menyerupai wanita dalam berhias dan berpakaian .
Selain itu Islam mengharamkan makan dan minum dalam bekas yang diperbuat daripada emas dan perak secara umum.
Umumnya hukum yang diputuskan adalah haramnya cincin emas bagi lelaki dan harusnya perak. Emas yang diharamkan itu adalah emas kuning.
Emas putih atau platinum ia tidak termasuk pengharaman emas ke atas lelaki kerana bukan emas dan ia adalah sejenis logam ini tidak dikenali di zaman dulu. Hukum asal pada tiap sesuatu adalah mubah (harus) kecuali ada nas yang mengharamkannya. Al-Barra’ bin azib(r.a.) berkata bahawa Rasulullah s.a.w memerintahkan kami tujuh hal dan melarang tujuh hal. Baginda memerintahkan kami mengikuti jenazah, melawat orang sakit, menghadiri undangan, membantu yang teraniaya, menjawab salam, menyebar luas salam dan mendoakan yang bersih.
Beliau melarang kami memakai bekas perak,cincin emas, sutera, termasuk sutera halus (dibaj), sejenis pakaian daripada sutera (qisi), sutera tebal (istabraq) dan pelana dari sutera (al-mathirah al-hamra’). Suasa pula adalah campuran emas,perak dan logam lain.
Sekiranya kuantiti emas kurang daripada perak dan logam lain, ia dibenarkan. Bagaimanapun, adalah lebih menggunakan cincin perak berbanding dengan suasa kerana jelas kebenaran dalam Islam.
Penolong Profesor Kuliyah Ilmu Kemanusian. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Salam Muhammad Shukri.
0 comments:
Post a Comment